Kenyataan Media

Malaysia akan mula kuatkuasakan RCEP mulai 18 Mac 2022

103

21 Januari 2022 – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) pada hari ini memaklumkan bahawa Malaysia bakal menjadi penandatangan Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau atau Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP) yang ke-12 selepas menyerahkan surat cara ratifikasi atau Instrument of Ratification (IOR) kepada Sekretariat ASEAN pada 17 Januari 2022, menerusi mandat yang diberikan oleh Jemaah Menteri pada 12 Januari 2022 untuk Malaysia meratifikasi Perjanjian RCEP.

Menurut MITI dalam satu kenyataan hari ini, selaras dengan Artikel 20.6 Perjanjian RCEP yang memperuntukkan bahawa Perjanjian ini akan berkuatkuasa selepas 60 hari surat cara ratifikasi diserahkan kepada Sekretariat ASEAN selaku Depositary Perjanjian RCEP, Malaysia akan mula menguatkuasakan Perjanjian ini pada 18 Mac 2022.

“Dengan penyerahan surat cara ratifikasi kepada Sekretariat ASEAN, Malaysia akan menyertai sebelas negara penandatangan lain yang telah melengkapkan proses ratifikasi iaitu Singapura, China, Jepun, Brunei Darussalam, Kemboja, Lao PDR, Thailand, Viet Nam, Australia, New Zealand dan Korea Selatan.

RCEP merupakan Perjanjian Perdagangan Bebas terbesar di dunia yang meliputi 15 negara dengan 2.2 bilion atau hampir satu pertiga (29.5%) penduduk dunia, mewakili AS$25.8 trilion atau 29.4% KDNK dunia, berdasarkan Data Bank Dunia 2019. Adalah penting untuk melihat pelaksanaan Perjanjian RCEP sebagai bukti kukuh usaha Kerajaan bukan sahaja untuk mendokong sistem perdagangan pelbagai hala malah untuk mengukuhkan integrasi ekonomi serantau dan menyokong agenda pembangunan World Trade Organisation (WTO).” kata MITI.

Tambah MITI, Malaysia dijangka menerima manfaat terbesar Perjanjian ini dari segi eksport, dengan unjuran nilai peningkatan eksport sebanyak AS$200 juta, hasil daripada penghapusan dan pengurangan tarif untuk barangan dagangan, penambaikan kemudahan eksport dan import barangan di kalangan negara-negara RCEP.

“Disamping itu, penyedia perkhidmatan termasuk e-dagang akan dapat menikmati akses pasaran yang lebih besar menerusi peningkatan bekalan rentas sempadan serta menggalakkan keberadaan dan penglibatan mereka di pasaran RCEP.” kata MITI.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKenyataan Media

PERATURAN MENETAPKAN TARIKH HARI RAYA PUASA

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut :-...

BM @ MY LNAKenyataan MediaPolitik @ My LNAUTAMA

Rakyat Menuntut #Reformasi100Peratus Sekarang, Kerajaan Jangan Berdalih Lagi – BERSIH

Oleh : Jawatankuasa Pemandu Bersih Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

Adam Michael Nettina Photo: Department of Justice
Kenyataan Media

Deranged right-winger threatened to slaughter LGBTQ+ activists. He’s going away for a long time.

You need to be logged in to view this content. Please Log...

Kenyataan Media

Bill O’Reilly is outraged that the book ban law he supports caused his own books to be banned

You need to be logged in to view this content. Please Log...