PERDA-TECH ialah institusi di bawah Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang dan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dalam mewujudkan kerjasama strategik dengan rakan-rakan institusi dan industri yang berkaitan. Sebagai sebuah institusi pendidikan yang menawarkan kursus TVET, PERDA-TECH sentiasa bergerak ke hadapan dengan menawarkan program pengajian kemahiran yang selari dengan kehendak industri. Salah satu bidang pengajian kemahiran yang ditawarkan di peringkat sijil dan diploma.
Pelajar-pelajar lepasan bidang automotif PERDA-TECH ini juga sentiasa mendapat tempat dalam industri berkaitan di negara ini. Dalam pada itu Perodua Sales Sdn.Bhd (PSSB) akan membekalkan bahan latihan dan peralatan teknologi seperti mesin-mesin dan kenderaan latihan yang juga boleh diguna pakai oleh PERDA-TECH untuk tujuan pembelajaran.
Pihak PSSB juga menawarkan tempat untuk latihan industri dan pekerjaan kepada pelajar-pelajar lepasan PERDA-TECH yang berminat untuk berkhidmat di PERODUA. Cadangan pembaharuan memorandum ini juga akan melibatkan perkara baru selaras dengan kehendak industri automotif terkini iaitu sistem atau budaya dan persekitaran kerja DOJO.
Pengetahuan mengenai konsep DOJO ini merupakan nilai tambah terbaik kepada para pelajar untuk meningkatkan nilai pasaran mereka dalam industri automotif. Kelas pengajian DOJO adalah bagi mendedahkan konsep kemahiran asas proses pembuatan dalam industri automotif.
- COVID-19 : Kes sembuh sebanyak 2,192
- Tempoh perkhidmatan Guru Interim lantikan tahun 2019 akan dilanjutkan untuk tempoh satu (1) tahun lagi
- Malaysia tubuhkan Pusat Revolusi Perindustrian Keempat (C4IR)
- Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 37 sen seliter. RON95 dan Diesel kekal
- Permohonan Geran Padanan dibuka kepada pengusaha hotel taraf 1 dan 2 Bintang