25 Disember 2021 – Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) digerakkan ke sekitar negeri Pahang iaitu Kg. Janda Baik, Bentong, Karak dan Temerloh dalam misi bantuan ke lokasi terjejas teruk oleh banjir di negeri ini. Menterinya, Tan Sri Annuar Musa telah mengarahkan seramai lebih kurang 100 orang petugas dan sukarelawan KKMM serta Prihatin Volunteer (PriVo) dari Rumah Prihatin untuk menggerakkan misi bantuan Kotak Kasih KKMM serta sama-sama bergotong-royong membersihkan rumah-rumah penduduk sekitar yang terjejas akibat banjir.
Seramai 15 orang ahli Komuniti Keluarga Malaysia, iaitu sebuah badan sukarela di bawah seliaan Jabatan Penerangan Malaysia sekitar lokasi ini menjayakan misi bantuan ini. KKMM dengan kerjasama Rumah Prihatin dan Jabatan Penerangan Malaysia mengagihkan 1,000 unit Kotak Kasih berupa barang keperluan asas dan pembersihan diri bagi membantu penduduk, yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Arena Muhibah, PPS Taman Bukit Dinding dan selebihnya diserahkan kepada penduduk di lokasi sekitar yang turut terjejas oleh banjir.
Dalam pada itu Annuar juga menerangkan isu melibatkan liputan telekomunikasi, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini sedang giat menjalankan kerja baik pulih struktur komunikasi yang terjejas perkhidmatannya. Terdapat 560 struktur komunikasi yang terjejas akibat banjir dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 414 struktur komunikasi telah dipulihkan oleh pemberi perkhidmatan di bawah seliaan MCMC dan baki yang lain akan kembali beroperasi dalam masa terdekat.
Selain itu, 22 Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) di sekitar negeri ini turut terjejas perkhidmatannya akibat bencana banjir ini. Namun, 13 buah PEDi telah kembali pulih.Pihak MCMC dan pemberi perkhidmatan senantiasa berwaspada dan menerima aduan dari awam dan mana-mana pihak sekiranya ada kes yang melibatkan ancaman keselamatan infrastruktur komunikasi untuk diambil tindakan segera.
“Saya memohon kerjasama dan kesabaran semua pihak terbabit supaya dapat terus bertenang dalam menghadapi situasi getir ini. Sama-sama kita doakan agar keadaan akan kembali pulih seperti sedia kala. Selain bantuan secara fizikal,sokongan emosi juga perlu diberikan agar mangsa banjir kekal tabah menghadapi ujian ini.” katanya.
- PT. Eka Mas Republik (MyRepublic) Celebrates Double Recognition at ACES Awards
- Hong Kong’s premier ink art event UOB Art in Ink Festival returns this December, fostering art inclusivity
- Arbor Partners With Japanese Aomori Prefecture To Unveil A New Japanese-French Culinary Feast
- Beloved Disney ∙ Pixar Characters Come to Life as 10 FURRY NICE Collectible Furry Friend Sets at 7-Eleven
- Anglo-Chinese School Students Crowned as the Grand Winner of the Samsung Solve for Tomorrow 2024 Competition
Leave a comment