Kenyataan Media

Pelatih dan pelajar GIATMARA dan IKM bantu baik pulih pendawaian elektrik rumah mangsa banjir

369

KLANG 25 Disember 2021 – Bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa-mangsa banjir, Majlis Amanah Rakyat (MARA) menggerakkan sejumlah 280 Pelatih dan pelajar GIATMARA dan Institut Kemahiran MARA (IKM) bagi membantu kerja-kerja baik pulih pendawaian elektrik rumah yang terjejas. Slain pendawaian elektrik rumah, mereka juga akan membantu membaik pulih kerosakan kecil kenderaan, peralatan elektrik dan elektronik serta kerja selenggara perlindungan kerosakan.

“Kita telah mula menggerakkan inisiatif MARA Prihatin melalui GIATMARA serta Institut Kemahiran MARA (IKM) ini dengan kemahiran yang ada pada pelatih dan pelajar dari kedua-dua institusi tersebut mulai hari ini.

“Kita memahami kesukaran penduduk berkaitan masalah pendawaian elektrik yang rosak dan berisiko dalam bahaya selepas rumah ditenggelami air banjir selain kesukaran dari segi kerja-kerja membersihkan kawasan rumah dan juga premis-premis bangunan awam,” kata Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Datuk Seri Mahdzir Khalid, dalam satu kenyataan media hari ini. Antara pelatih dan pelajar yang terlibat adalah daripada Program Diploma Kompetensi Elektrik (DCS) dan Sijil Teknologi Kimpalan (STK).

Lokasi tumpuan utama sukarelawan GIATMARA dan IKM itu adalah di sekitar Taman Sri Nanding, Hulu Langat dan Padang Jawa, Klang. Program Khidmat Masyarakat MARA Prihatin@KPLB itu diketuai oleh Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Ramlan Harun yang turun padang bersama pegawai kanan MARA, GIATMARA serta IKM di Padang Jawa hari ini.

“Mereka ini akan mula bergerak di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Rendah Agama (SRA) Padang Jawa, Klang dan ke lokasi seterusnya mengikut kesesuaian lokaliti memandangkan sebahagian besar kawasan masih belum boleh dimasuki oleh orang awam kerana paras banjir yang masih belum surut.

Selain sukarelawan yang berkemahiran dalam kerja-kerja pembaikan, MARA turut menggerakkan lebih 300 sukarelawan warga kerjanya, anak-anak syarikat, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan pelajar dibawah kawal selianya.” kata Mahdzir.

Tambah Mahdzir, mereka dihantar ke lokasi banjir di Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan sejak beberapa hari lalu bagi membantu mangsa bencana banjir luar biasa yang melanda kali ini.

“MARA juga telah mengenal pasti 2,008 warga kerja termasuk kakitangan anak-anak syarikatnya dan juga pelajar dibawahnya yang menjadi mangsa banjir.

Bantuan segera berupa wang tunai, barangan makanan, pakaian serta keperluan lain telah disalurkan kepada mereka termasuk dibantu dari segi kerja pembersihan rumah mereka,” jelas Mahdzir.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKenyataan Media

PERATURAN MENETAPKAN TARIKH HARI RAYA PUASA

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut :-...

BM @ MY LNAKenyataan MediaPolitik @ My LNAUTAMA

Rakyat Menuntut #Reformasi100Peratus Sekarang, Kerajaan Jangan Berdalih Lagi – BERSIH

Oleh : Jawatankuasa Pemandu Bersih Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

Adam Michael Nettina Photo: Department of Justice
Kenyataan Media

Deranged right-winger threatened to slaughter LGBTQ+ activists. He’s going away for a long time.

You need to be logged in to view this content. Please Log...

Kenyataan Media

Bill O’Reilly is outraged that the book ban law he supports caused his own books to be banned

You need to be logged in to view this content. Please Log...