Sains, Teknologi & Komunikasi @ My LNA

MySJ Trace kesan kontak Covid-19 melalui aplikasi Mysejahtera

350

PUTRAJAYA, 25 DISEMBER 2021 – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan beberapa agensi kerajaan yang lain memperkenalkan fungsi MySejahtera Trace (MySJ Trace) di dalam aplikasi MySejahtera sedia ada. MySJ Trace merupakan fungsi tambahan kepada aplikasi MySejahtera bagi memudahkan pengesanan kontak rapat kepada kes positif jangkitan COVID-19 dengan menggunakan teknologi bluetooth.

Fungsi MySJ Trace dibangunkan bagi memenuhi keperluan program Find, Trace, Test, Isolate and Support (FTTIS), iaitu satu daripada program pemantauan oleh KKM dalam aktiviti pencegahan dan mengawal penularan jangkitan COVID-19. Bagi memastikan keberkesanan aktiviti pengesanan kontak rapat kepada kes positif jangkitan COVID-19, pengguna mestilah mengaktifkan bluetooth dalam perantimudah alih masing-masing sepanjang masa.

Individu itu disahkan positif COVID-19, notifikasi akan diperolehi menerusi aplikasi MySejahtera bagi mendapatkan kebenaran untuk berkongsi maklumat kontak rapat yang dikesan. Sekiranya individu tersebut memberikan kebenaran, MySejahtera akan memberikan akses kepada KKM untuk melakukan penilaian risiko ke atas data-data kontak rapat yang telah dikesan daripada penggunaan bluetooth sebelum menjalankan aktivitipengesanan kontak rapat yang telah dikenal pasti.

Sekiranya individu yang didapati positif COVID-19 tidak memberikan kebenaran, MySejahtera tidak akan memberikan akses kepada KKM dan aktiviti pengesanan kontak rapat akan dilakukan secara manual iaitu menerusi siasatan lanjut ke atas maklumat sejarah perjalanan kes dan juga sejarah pertemuannya dengan individu lain.

Aplikasi MySJ Trace menggunakan anonymized Unique User ID (UUID) dan tidak mengumpul maklumat pengguna serta geo-lokasi. Data tersebut hanya boleh diakses oleh KKM dan disimpan dalam peranti pengguna untuk tempoh 14 hari. Keseluruhan proses pengesanan kontak dan penyimpanan data juga adalah dijamin keselamatan dan kerahsiaannya oleh kerajaan.

Dengan bermulanya fungsi MySJ Trace ini, modul daftar keluar atau check-out akan diberhentikan dan dikeluarkan daripada aplikasi MySejahtera. Orang ramai adalah dinasihati untuk mengemaskini aplikasi MySejahtera bagi mengaktifkan fungsi MySJ Trace.

MOSTI dan KKM akan meneruskan usaha membangunkan aplikasi dan teknologi tempatan bagi mengoptimumkan penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada rakyat khususnya bagi mengekang penularan COVID-19.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAPendapat @ My LNASains, Teknologi & Komunikasi @ My LNAUTAMA

Merakyatkan ilmu sains demi masa hadapan 

Oleh: Prof. Madya Ts. Dr. Zul Ilham Zulkiflee Lubes Di dalam era...

AMBM @ MY LNAKomunikasi Digital @ My LNASains, Teknologi & Komunikasi @ My LNAUTAMA

CCoE fokus latihan keselamatan siber

CYBERJAYA, 26 Mac 2024 – Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim hari...