Home Kenyataan Media Mangsa banjir sekitar Pahang terima bantuan dari KKMM – Annuar Musa
Kenyataan Media

Mangsa banjir sekitar Pahang terima bantuan dari KKMM – Annuar Musa

25 Disember 2021 – Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) digerakkan ke sekitar negeri Pahang iaitu Kg. Janda Baik, Bentong, Karak dan Temerloh dalam misi bantuan ke lokasi terjejas teruk oleh banjir di negeri ini. Menterinya, Tan Sri Annuar Musa telah mengarahkan seramai lebih kurang 100 orang petugas dan sukarelawan KKMM serta Prihatin Volunteer (PriVo) dari Rumah Prihatin untuk menggerakkan misi bantuan Kotak Kasih KKMM serta sama-sama bergotong-royong membersihkan rumah-rumah penduduk sekitar yang terjejas akibat banjir.

Seramai 15 orang ahli Komuniti Keluarga Malaysia, iaitu sebuah badan sukarela di bawah seliaan Jabatan Penerangan Malaysia sekitar lokasi ini menjayakan misi bantuan ini. KKMM dengan kerjasama Rumah Prihatin dan Jabatan Penerangan Malaysia mengagihkan 1,000 unit Kotak Kasih berupa barang keperluan asas dan pembersihan diri bagi membantu penduduk, yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Arena Muhibah, PPS Taman Bukit Dinding dan selebihnya diserahkan kepada penduduk di lokasi sekitar yang turut terjejas oleh banjir.

Dalam pada itu Annuar juga menerangkan isu melibatkan liputan telekomunikasi, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)  kini  sedang giat menjalankan kerja baik pulih struktur komunikasi yang terjejas perkhidmatannya. Terdapat 560 struktur komunikasi yang terjejas akibat banjir dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 414 struktur komunikasi telah dipulihkan oleh pemberi perkhidmatan di bawah seliaan MCMC dan baki yang lain akan kembali beroperasi dalam masa terdekat.

Selain itu, 22 Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) di sekitar negeri ini turut terjejas perkhidmatannya akibat bencana banjir ini. Namun, 13 buah PEDi telah kembali pulih.Pihak MCMC dan pemberi perkhidmatan senantiasa berwaspada dan menerima aduan dari awam dan mana-mana pihak sekiranya ada kes yang melibatkan ancaman keselamatan infrastruktur komunikasi untuk diambil tindakan segera.

“Saya memohon kerjasama dan kesabaran semua pihak terbabit supaya dapat terus bertenang dalam menghadapi situasi getir ini. Sama-sama kita doakan agar keadaan akan kembali pulih seperti sedia kala. Selain bantuan secara fizikal,sokongan emosi juga perlu diberikan agar mangsa banjir kekal tabah menghadapi ujian ini.” katanya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMCOVID-19Kenyataan MediaKesihatan

COVID-19 : Jumlah kes baharu meningkat semula

16 November 2022 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKM...

AMKenyataan MediaKHASMY LNA

LRT Kelana Jaya : Keputusan APAD dialu-alukan

13 November 2022 – Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia...

8.7
Kenyataan Media

Best Places Where Democrats Can Pull Off an Opinion

Import demos, pages or elements separately with a click as needed. Single...

Kenyataan Media

The COVID Data That Are Actually Useful Now

Mauris mattis auctor cursus. Phasellus tellus tellus, imperdiet ut imperdiet eu, iaculis...