15 Disember 2021- Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mahu badan penghakiman mengambil keterangan saksi-saksi keluarga mangsa yang dizalimi oleh kerajaan China termasuk saksi pakar dalam bidang hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa. Terdapat wujudnya elemen genocide oleh kerajaan China terhadap etnik Uyghur di mana berlaku usaha untuk menghalang kelahiran bayi dari etnik tersebut secara sistematik.
Dalam pada itu juga wanita Uyghur yang berada dalam tahanan dipaksa untuk mengambil ubat yang merosakkan fungsi kelahiran. Wanita Uyghur juga dipaksa untuk gugurkan kandungan dan membuang Rahim dan menjalani “effwctive strerillzation” melalui kaedah pembedahan.
Tribunal mengesahkan berlakunya penindasan yang berat ke atas etnik Muslim Uyghur di wilayah Xinjiang. Bentuk penindasan yang dilakukan seperti ditahan dan dipisahkan dari keluarga di dalam kem serta ada dikalangan mereka yang telah dibunuh. Dalam pada itu juga simbol Islam dilarang digunakan dan termasuk tudung, janggut, doa dan solat serta belajar ilmu agama juga dilarang sama sekali.
Presidennya, Muhammad Faisal Abdul Aziz, mengharapkan seluruh masyarakat dunia buka mata atas kekejaman kerajaan China tehadap etnik Muslim Uyghur di wilayah Xinjiang serta etnik minority lain dari agama lain di China.
ABIM menggesa seluruh masyarakat untuk melanjutkan dan meluaskan kempen kempen kesedaran ke seluruh dunia untuk meyedarkan masyarakat tentang penindasan yang dilakukan ke atas umat Islam Uyghur dan etnik minority lain.
- WalkingPad.com Black Friday Sale Unveils Record-Breaking Deals
- The cost of neglected oral health in pregnant women
- The day women stopped
- Global Aerospace Offers Valuable Insights on the Revolution of Reusable Rockets and Their Impact on the Space Industry
- Guangdong Radio and Television Station- Shenzhen Youth Shine at COP29: A Green Declaration of Youth Responsibility
Leave a comment