Pelancongan @ My LNASeni & Budaya @ My LNA

Songket lakar sejarah, disenaraikan di bawah Representative List of the Intangible Cultural Heritage of Humanity

99

15 DISEMBER 2021 – Songket telah disenaraikan di bawah Representative List of the Intangible Cultural Heritage of Humanity semasa 16th Session of the Intergovernmental Committee for the Safeguarding of Intangible Cultural Heritage. Sesi tersebut telah berlangsung pada 13 – 18 Disember 2021 secara dalam talian dari Ibu Pejabat UNESCO di Paris, France.

Menurut Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui satu siaran media yang diedarkan hari ini, keputusan pencalonan Songket telah diumumkan pada 15 Disember 2021 jam 5.55 petang (waktu Malaysia).

“Penyenaraian yang cukup berprestij ini telah diputuskan oleh Intergovernmental Committee for the Safeguarding of Intangible Cultural Heritage UNESCO yang dianggotai oleh 24 Negara Anggota 2003 Convention for the Safeguarding of the Intangible Cultural Heritage yang dipengerusikan oleh Sri Lanka.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia melalui Jabatan Warisan Negara (JWN) telah mencalonkan Songket di bawah Representative List of the Intangible Cultural Heritage of Humanity UNESCO. Dokumen pencalonan warisan kebudayaan tidak ketara ini telah dikemukakan kepada pihak sekretariat UNESCO pada 31 Mac 2020.” kata MOTAC.

Tambahnya, Malaysia telah meratifikasi 2003 Convention for the Safeguarding of Intangible Heritage pada tahun 2013 dalam usaha untuk melindungi kepentingan warisan kebudayaan tidak ketara yang terdapat di negara ini. Sehingga kini, sejumlah 180 buah negara telah menjadi Negara Anggota konvensyen berkenaan serta lebih daripada 500 warisan kebudayaan tidak ketara dari seluruh dunia telah diiktiraf di bawah Representative List.

“Sebagai Negara Anggota, Malaysia boleh menyenaraikan warisan kebudayaan tidak ketara yang terdapat di negara ini di bawah konvensyen tersebut. Penyenaraian di bawah Representative List UNESCO merupakan pengiktirafan tertinggi di peringkat dunia untuk warisan kebudayaan tidak ketara.

Selain dapat memberikan promosi dan mengetengahkannya di peringkat dunia, pengiktirafan ini juga memperlihatkan komitmen Malaysia dalam melindungi warisan kebudayaan tidak ketara di Malaysia, sejajar dengan Teras 3 Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN) iaitu memfokus kepada usaha pemeliharaan dan pemuliharaan warisan budaya.

Ia secara tidak langsung akan mengangkat visibiliti Malaysia di mata dunia sebagai antara negara yang mempunyai pelbagai khazanah warisan kebudayaan tidak ketara yang boleh menjadi tarikan pelancong serta memberi peluang ekonomi kepada negara melalui industri berkaitan.” jelas MOTAC.

Pengiktirafan tersebut turut mengukuhkan hubungan serta jaringan kerjasama dengan UNESCO dan Negara Anggota Konvensyen 2003 yang lain dalam hal-hal berkaitan warisan kebudayaan tidak ketara di peringkat global.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNAPelancongan @ My LNAUTAMA

Tourism Malaysia Lancar Pakej Pelancongan Sarawak Delta Geopark & Gawai 2024

KUCHING, 2 April 2024 – Tourism Malaysia hari ini melancarkan Pakej Pelancongan...

BM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNASeni & Budaya @ My LNAUTAMA

Program IFTAR MADANI @BATU SAPI 2024 pupuk nilai murni dan jati diri generasi muda

SANDAKAN, 30 Mac 2024 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui...

BM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNASeni & Budaya @ My LNAUTAMA

Pengunjung Iftar@KL berpeluang makan berjemaah di dalam dulang

KUALA LUMPUR, 23 Mac 2024 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC)...