PUTRAJAYA, 15 Disember 2021 – Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony J Blinken memuji kepimpinan Malaysia dalam mengendalikan pandemik COVID-19 dan menghargai sumbangan negara kepada COVAX, iaitu sebuah inisiatif global untuk perkongsian vaksin. Kepimpinan dan kejayaan luar biasa itu membolehkan Malaysia mempunyai kapasiti untuk menyumbang lebihan vaksin ke negara lain dan kepada COVAX.
“Ia bukti kepimpinan sebenar dan amat dihargai,” katanya pada sidang media bersama Menteri Luar, Dato’ Sri Saifuddin Abdullah di Wisma Putra. Blinken tiba di Kuala Lumpur untuk lawatan kerja selama dua hari.
Beliau turut berkata semasa perjumpaan, kedua-dua pihak turut menyentuh mengenai apa yang boleh dilakukan bersama untuk mengatasi cabaran semasa COVID-19 dan membuat persiapan lebih baik untuk menangani pandemik pada masa depan.
“Peluang perlu diambil untuk untuk kukuhkan sistem keselamatan kesihatan global. Jadi, pada masa akan datang kita lebih berupaya untuk mencegah, mengesan dan mungkin menangani pandemik baharu dengan lebih berkesan,” katanya.
Beliau berkata, AS sedang berusaha untuk melaksanakan komitmennya untuk terus menyumbang kepada COVAX, supaya vaksin COVID-19 dapat diagihkan secara saksama.
“AS menjangka untuk menyumbang 1.2 bilion vaksin di seluruh dunia menjelang 2022. Kami mempunyai komitmen untuk bantu apa yang boleh bagi menutup jurang vaksinasi,” katanya.
Foto : Wisma Putra
- Mesyuarat Jemaah Menteri bersetuju tubuhkan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi
- Kadar harga siling ayam standard di Semenanjung Malaysia adalah RM9.40 sekilogram mulai 1 Julai 2022
- MCMC luluskan penggabungan Celcom dan Digi
- Tiada isu berbangkit pelantikan Tan Sri Dato’ Sri Mohamed Apandi Ali sebagai Pengerusi Pasukan Petugas Khas
- Gempa bumi di Rantau Timor, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia