28 Oktober 2021- Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique menyeru masyarakat India di Malaysia untuk menyambut Perayaan Deepavali ini dalam norma baharu, sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan, memakai pelitup muka, menjaga kebersihan diri, dan memastikan penjarakan fizikal dalam usaha memutuskan rantaian COVID-19 di Malaysia.
Jelasnya, Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Bilangan 60 Tahun 2021 (Siri 122) menetapkan SOP Sambutan Perayaan Deepavali di Rumah Ibadat Selain Islam dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) Secara Berfasa.
“Bagi PPN Fasa 3, Aktiviti keagamaan dan sembahyang di Rumah Ibadat Selain Islam dibenarkan hanya melibatkan penerima vaksin lengkap sahaja dengan had kehadiran tertakluk kepada saiz ruang sembahyang Rumah Ibadat Selain Islam serta mengambilkira penjarakan fizikal tidak kurang daripada 1 meter.
“Tempoh waktu aktiviti keagamaan dan sembahyang dibenarkan seperti berikut Jam 6.00 pagi hingga 2.00 petang dan jam 4.00 petang hingga 10.00 malam serta pemberian makan dibenarkan secara berbungkus (packed food) sahaja dan makan di rumah ibadat (Dine in) tidak dibenarkan,” katanya dalam satu kenyataan media pada Khamis.
Ujarnya, SOP bagi negeri PPN fasa keempat juga sama seperti negeri PPN Fasa Ketiga namun aktiviti perarakan adalah tidak dibenarkan semasa perayaan Deepavali.
“Bazar Jualan Deepavali dibenarkan tertakluk kepada kelulusan dan kawalan Pihak Berkuasa Tempatan. Aktiviti berkunjung ke rumah keluarga dibenarkan hanya untuk penerima vaksin lengkap sahaja selaras dengan kebenaran rentas negeri.
“Aktiviti ziarah kubur dibenarkan untuk penerima vaksin lengkap sahaja mengikut SOP Pengurusan Pengebumian Selain Orang Islam dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara secara berfasa,” katanya.
- AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah
- Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan
- Moomoo Wins “Digital CX Awards 2024” by The Digital Banker
- Nano-Care Deutschland AG launches next generation of sustainable PFAS-free oleophobic coatings
- Winner of Hong Kong’s Flagship Global Elevator Pitch Competition Crowned
Leave a comment