Kenyataan Media

Perdagangan Malaysia Catat Prestasi Kukuh

136

28 Oktober 2021- Perdagangan Malaysia terus merekodkan prestasi yang kukuh pada September 2021, dengan rekod nilai bulanan tertinggi baharu bagi perdagangan, eksport dan lebihan dagangan.

Menerusi satu kenyataan media Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menjelaskan pertumbuhan eksport ini telah disumbangkan oleh permintaan luar yang kukuh bagi keluaran petroleum, barangan perkilangan logam, minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit serta barangan elektrik dan elektronik (E&E).

“Jumlah perdagangan bagi suku ketiga (S3) tahun 2021 naik 18.1% kepada RM546.21 bilion, berbanding S3 2020. Eksport meningkat 15.8% kepada RM303.74 bilion, nilai suku tahunan yang tertinggi direkodkan.

“Import berkembang 21% kepada RM242.47 bilion menghasilkan lebihan dagangan sebanyak RM61.28 bilion, menyusut secara marginal sebanyak 1.1%. Berbanding suku kedua (S2) tahun 2021, eksport dan lebihan dagangan masingmasing meningkat sebanyak 0.1% dan 8.7%, manakala perdagangan dan import berkurang sebanyak 0.8% dan 1.8%,” katanya.

Jelasnya, pada sembilan bulan pertama tahun 2021, perdagangan berkembang sebanyak 23.2% kepada RM1.602 trilion berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

“Eksport naik 24.9% kepada RM889.32 bilion, pertumbuhan terpantas direkodkan sejak 1998. Import meningkat 21.1% kepada RM712.99 bilion dan lebihan dagangan melonjak 43.1% kepada RM176.33 bilion.

“Pertanian berasaskan minyak sawit serta barangan elektrik dan elektronik (E&E). Eksport barangan perkilangan logam, minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit serta barangan E&E telah mencatatkan nilai bulanan tertinggi setakat ini.

“Sementara itu, eksport ke ASEAN, China, Amerika Syarikat (AS) dan Jepun merekodkan pertumbuhan dua digit. Eksport ke China juga mencatatkan nilai bulanantertinggi setakat ini,” ujarnya.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAKenyataan Media

PERATURAN MENETAPKAN TARIKH HARI RAYA PUASA

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut :-...

BM @ MY LNAKenyataan MediaPolitik @ My LNAUTAMA

Rakyat Menuntut #Reformasi100Peratus Sekarang, Kerajaan Jangan Berdalih Lagi – BERSIH

Oleh : Jawatankuasa Pemandu Bersih Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

Adam Michael Nettina Photo: Department of Justice
Kenyataan Media

Deranged right-winger threatened to slaughter LGBTQ+ activists. He’s going away for a long time.

A court sentenced a 34-year-old man to two years in prison on...

Kenyataan Media

Bill O’Reilly is outraged that the book ban law he supports caused his own books to be banned

Former Fox News host Bill O’Reilly is angry that a Florida school...