Kenyataan Media

Bajet 2022: MOSTI Sambut Baik, Bantu Syarikat Pemula

97

30 Oktober 2021- Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menyambut baik peruntukan RM906,996,800.00 bagi tahun 2022 melibatkan RM520,275,300.00 peruntukan mengurus dan RM386,721,500.00 bagi peruntukan pembangunan.

Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata MOSTI komited untuk memberi sokongan bagi setiap peringkat perkembangan dan pertumbuhan syarikat-syarikat pemula yang berpotensi.

“MOSTI bermotivasi dan komited untuk melaksanakan pelbagai inisiatif yang telah dirangka dan akan memberi tumpuan kepada matlamat untuk memulihkan kehidupan, serta mata pencarian rakyat bersesuaian dengan tiga bidang fokus Bajet 2022 iaitu 3R; recovery (memulih), resilience (membina daya tahan) dan reform (menyusun semula) yang membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap Keluarga Malaysia.

“Bajet 2022 yang diperuntukkan kepada MOSTI memfokuskan kepada tiga perkara termasuk mempergiatkan aktiviti pembangunan dan penyelidikan (R&D), Hab Inovasi: Revolusi Industri Keempat dan strategi MyStartup,” katanya dalam satu kenyataan media pada Sabtu.

Jelasnya, Kerajaan menyediakan RM423 juta di bawah MOSTI dan Kementerian Pengajian Tinggi bagi mempergiat aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D).

“MOSTI akan menyediakan sokongan menerusi pembiayaan R&D dengan memberi fokus kepada penyelidikan pembangunan eksperimental.

“MOSTI amat menghargai keprihatinan kerajaan untuk memacu aktiviti R&D khususnya di peringkat penyelidikan pembangunan eksperimental oleh industri, institusi pengajian tinggi dan agensiagensi penyelidikan kerajaan agar dapat menjana pendapatan menerusi usaha pengkomersialan produk dan teknologi tempatan,” ujarnya.

Jelasnya, MOSTI akan memastikan semua warga kerja kementerian dan agensi-agensi di bawahnya sentiasa proaktif dalam memastikan program yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya agar manfaat yang dihasratkan terus sampai dan dapat dirasai oleh seluruh Keluarga Malaysia.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKenyataan Media

PERATURAN MENETAPKAN TARIKH HARI RAYA PUASA

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut :-...

BM @ MY LNAKenyataan MediaPolitik @ My LNAUTAMA

Rakyat Menuntut #Reformasi100Peratus Sekarang, Kerajaan Jangan Berdalih Lagi – BERSIH

Oleh : Jawatankuasa Pemandu Bersih Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

Adam Michael Nettina Photo: Department of Justice
Kenyataan Media

Deranged right-winger threatened to slaughter LGBTQ+ activists. He’s going away for a long time.

You need to be logged in to view this content. Please Log...

Kenyataan Media

Bill O’Reilly is outraged that the book ban law he supports caused his own books to be banned

You need to be logged in to view this content. Please Log...