27 Ogos 2021 – “Pelantikan seramai 4 wakil Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebagai Menteri penuh, serta 4 lagi sebagai Timbalan Menteri adalah pengiktirafan untuk rakyat Sarawak dan GPS di bawah kepimpinan cemerlang Ketua Menteri, YAB Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg”.
Perkara demikian dinyatakan oleh Dato’ Sri Fadillah Yusof selaku Ketua Whip GPS menerusi kenyataan media sebentar tadi.
Beliau yang dilantik sebagai Menteri Kabinet akan menerajui Kementerian Kerja Raya selaku Menteri Kanan di bawah barisan kabinet diterajui Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.
“Perlantikan ini adalah amanah dan tanggungjawab besar demi rakyat dan negara. Saya sedar dan insaf, pada ketika rakyat masih bergelut dengan penularan pandemik Covid-19 dan keadaan ekonomi yang sangat mencabar, rakyat menaruh harapan cukup besar kepada Kabinet baharu ini.
Beliau menambah kabinet sebagai pasukan pengurusan akan bekerja bersama rakyat, yang perlu bertindak pantas dan bersepadu.
“Fokus kita sekarang adalah untuk memastikan kestabilan politik, menangani pandemik Covid-19 dan pemulihan ekonomi negara, demi kelangsungan ekonomi dan kehidupan rakyat.
Beliau turut menyeru semua pihak, ahli politik tanpa mengira parti dan seluruh lapisan masyarakat, perlu bersama-sama memainkan peranan membantu menjayakan usaha bagi memerangi wabak Covid-19.
Selain itu, Fadilah turut merakamkan terima kasih kepada pihak media yang menurut beliau banyak membantu usaha kerajaan dalam menangani pandemik ini.
- Brando Bal drops New Heartbreaking Single ‘Pangalawang Ulan’
- Jual produk makanan tertera perkataan ‘No Palm Oil’, kedai serbaneka diambil tindakan oleh KPDN
- Situasi Semasa Demam Denggi di Malaysia Minggu Epidemiologi 17 (21 April 2024 – 27 April 2024) 3 Mei 2024
- Entrust Network Awarded ISO 27001 and Data Protection Trustmark Certifications
- SOPA Announces 2024 Journalism Awards Finalists
Leave a comment