Sains, Teknologi & Komunikasi @ My LNA

Malaysia Pertahan Kerusi Council Of Administration (CA), Menang Kerusi Postal Operations Council (POC)

61

28 Ogos 2021 – Malaysia sekali lagi mempertahankan kerusi Council of Administration (CA), Universal Postal Union (UPU) bagi penggal 2022 – 2025 serta turut memenangi kerusi Postal Operations Council (POC) sempena Kongres ke-27 UPU yang bermula pada 9 Ogos hingga 27 Ogos yang lepas.

Menerusi kenyataan media Kementerian Komunikasi Multimedia Malaysia (KKMM) berkata, kejayaan Malaysia mempertahankan kerusi CA dan memenangi kerusi POC ini mencerminkan kepercayaan dan pengiktirafan oleh 192 negara anggota terhadap kepimpinan Malaysia dalam UPU.

“UPU adalah agensi khusus Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang ditubuhkan pada tahun 1874 bertanggungjawab terhadap perkembangan dan kerjasama perkhidmatan pos antarabangsa iaitu CA berfungsi sebagai badan pembuat keputusan utama dan POC memfokuskan pada masalah teknikal dan operasi.

“Malaysia merupakan di antara 41 daripada 46 buah negara yang melobi kerusi CA dan 48 daripada 62 negara untuk kerusi POC, UPU dalam mencapai Agenda Pembangunan Lestari 2030 melalui sistem Kesatuan Pos Sedunia dan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN). 

Malaysia diwakili oleh Ketua Setiausaha KKMM, Dato’ Sri Mohammad Mantek di Kongres ke-27 UPU.

Delegasi Malaysia terdiri daripada wakil KKMM, wakil Kementerian Luar Negeri, MCMC dan Pos Malaysia Berhad.

Kongres tersebut merupakan  kongres hibrid pertama yang menyaksikan penglibatan negara-negara anggota mengambil bahagian secara fizikal dan maya.

Menerusi ucapan Mohamad di kongress tersebut, beliau menegaskan kembali komitmen negara ini dalam menyokong secara aktif matlamat dan objektif UPU serta bersedia berkhidmat dalam UPU bagi penggal akan datang.

“Ini dapat dibuktikan melalui pelbagai inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia melalui KKMM dan agensi di bawahnya seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) yang telah mengembangkan pelbagai inisiatif di bawah PAKEJ, PUPUK dan NESR

2.0 untuk memacu pertumbuhan e-Dagang. Malaysia pula dijangka mendapat manfaat daripada perkembangan e-Dagang rentas sempadan pada masa hadapan melalui rantaian bekalan pos global yang lancar dan bersepadu selaras dengan strategi UPU.

“Kesesuaian UPU dalam ekonomi digital baharu ini harus diperluaskan melalui strategi yang bersesuaian dengan dasar, peraturan dan piawaian yang akan membina semula sistem pos antarabangsa.

“Sekiranya peluang ini dimanfaatkan, bukan sahaja dapat mengukuhkan rangkaian UPU tetapi juga membuka peluang baharu untuk pelbagai pihak.

“Justeru, adalah perlu penguasaan data, kecerdasan buatan dan inovasi diperkasakan untuk membawa sistem pos ke era digitalisasi global”, ujar KKMM lagi.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAPendapat @ My LNASains, Teknologi & Komunikasi @ My LNAUTAMA

Merakyatkan ilmu sains demi masa hadapan 

Oleh: Prof. Madya Ts. Dr. Zul Ilham Zulkiflee Lubes Di dalam era...

AMBM @ MY LNAKomunikasi Digital @ My LNASains, Teknologi & Komunikasi @ My LNAUTAMA

CCoE fokus latihan keselamatan siber

CYBERJAYA, 26 Mac 2024 – Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim hari...