21 Ogos 2021 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat ke Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob di Istana Negara, hari ini.
Istiadat yang berlangsung pada jam 2.30 petang di Singgahsana Kecil Istana Negara disaksikan Ketua Hakim Negara, Yang Amat Arif Tun Tengku Maimun binti Tuan Mat dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali.
Hadir sama pada istiadat ini, Yang di-Pertua Dewan Negara YB Senator Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais bin Yatim dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Datuk Azhar Azizan Harun.
Turut hadir YB Tan Sri Mahiaddin bin Md. Yasin, YB Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang, YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, YB Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili, YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg, YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong, YB Datuk Seri M. Saravanan, YB Datuk Arthur Joseph Kurup dan YB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak.
Sumber : Facebook Rasmi Istana Negara
- Lek Hang Group Announces Highly Anticipated Soft Opening of Hotel Central
- BingX Introduces $REZ Spot Trading Amid Growing Popularity of Ethereum Restaking Ecosystem
- NTTDATA earns the Best Place to Work certification in USA for 2024
- ITTF Men’s and Women’s World Cup Macao 2024 Presented by Galaxy Entertainment Group Successfully Concluded with Diversified Extended Activities to Enhance the Atmosphere of “City of Sports”
- FTLife Pre-Announces Name Change to Chow Tai Fook Life Insurance Company Limited
Leave a comment