Home Kenyataan Media Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia YAB Perdana Menteri
Kenyataan Media

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia YAB Perdana Menteri

21 Ogos 2021 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat ke Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob di Istana Negara, hari ini.

Istiadat yang berlangsung pada jam 2.30 petang di Singgahsana Kecil Istana Negara disaksikan Ketua Hakim Negara, Yang Amat Arif Tun Tengku Maimun binti Tuan Mat dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali.

Hadir sama pada istiadat ini, Yang di-Pertua Dewan Negara YB Senator Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais bin Yatim dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Datuk Azhar Azizan Harun.

Turut hadir YB Tan Sri Mahiaddin bin Md. Yasin, YB Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang, YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, YB Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili, YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg, YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong, YB Datuk Seri M. Saravanan, YB Datuk Arthur Joseph Kurup dan YB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak.

Sumber : Facebook Rasmi Istana Negara

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMCOVID-19Kenyataan MediaKesihatan

COVID-19 : Jumlah kes baharu meningkat semula

16 November 2022 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKM...

AMKenyataan MediaKHASMY LNA

LRT Kelana Jaya : Keputusan APAD dialu-alukan

13 November 2022 – Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia...

8.7
Kenyataan Media

Best Places Where Democrats Can Pull Off an Opinion

Import demos, pages or elements separately with a click as needed. Single...

Kenyataan Media

The COVID Data That Are Actually Useful Now

Mauris mattis auctor cursus. Phasellus tellus tellus, imperdiet ut imperdiet eu, iaculis...