20 Ogos 2021- Pelakon drama Lelaki Kiriman Tuhan, Remy Ishak bakal menamatkan zaman bujangnya dengan usahawan, Ezza Yusof pada 21 Ogos ini.
Remy yang berkongsi berita itu menerusi rancangan Gempak TV di Astro Ria malam tadi berkata, majlis perkahwinannya itu sepatutnya berlangsung pada Mei lalu, namun terpaksa ditunda kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Bulan Mei sepatutnya majlis diadakan tapi disebabkan PKP, majlis tergendala dan kalau boleh saya nak biarlah majlis berlangsung secara terbuka, kawan-kawan dan family boleh datang tapi buat majlis yang boleh berlangsung di masjid pun dah kira okay. Alhamdulillah kedua-dua pihak pun telah bersetuju,” katanya.
Ujar pelakon berusia 39 tahun itu, persiapan telah dilakukan namun kerana masih berada di dalam fasa PKP, kenduri tidak dapat diadakan dan majlis pernikahan hanya boleh dihadiri beberapa individu sahaja.
Disoal mengenai keistimewaan bakal isteri, Remy menjelaskan Ezza adalah seorang wanita yang cukup istimewa di dalam hidupnya.
Sebelum ini, pasangan ini pernah mengikat tali pertunangan pada 2017 namun putus pada 2019 dan mereka kembali bersama pada tahun ini.
- phData is proud to announce that it has been awarded the prestigious “Best Place to Work” certification for 2024
- Nearly 1,500 Nominations for the Fourth Season of the VinFuture Prize
- Denture labelling as personal identification
- Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama
- Arla Foods Ingredients targets ‘holistic hydration’ at Vitafoods Europe
Leave a comment