18 Ogos 2021 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) akan menyalurkan bantuan kewangan sebanyak RM1,000.00 secara One-Off kepada pengusaha Spa dan Pusat Urutan Kaki (PUK).
Menerusi satu kenyataan media hari ini, bantuan ini diberikan kepada mereka yang terjejas semasa wabak pandemik COVID-19.
“Pengusaha Spa dan PUK ini hendaklah bernaung di bawah persatuan yang diiktiraf oleh MOTAC iaitu Association of Malaysian Spas (AMSPA) dan Malaysian Association of Wellness & Spa (MAWSPA).
“Bantuan ini dijangka dapat memanfaatkan sebanyak 433 pengusaha Spa dan PUK dan MOTAC menyeru semua pengusaha Spa dan PUK yang layak untuk segera mengemukakan permohonan bantuan yang ditawarkan ini,” katanya.
Pemohon boleh mengisi borang permohonan secara atas talian, syarat permohonan dan maklumat berkaitan boleh didapati di pautan http://www.motac.gov.my/PrihatinMOTAC21_Spa mulai 19 Ogos 2021.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 6 September 2021.
- Promoting Hong Kong as a Regional Philanthropic Hub through Co-Creation
- Bersih Congress to Set Direction Leading Up to the 16th General Election
- MasterBuilde Launches Upgraded Renovation and Maintenance Service Matching Platform for Chinese in the UK
- Prince Holding Group Triumphs with Platinum at the 2024 Global CSR & ESG Awards
- Unleashing Growth: DIFC Emerges as Premier Global Hub for Family Businesses
Leave a comment