Home z10 KSN Turun Padang Lawat PPV MIECC
z10

KSN Turun Padang Lawat PPV MIECC

18 Ogos – Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali hari ini mengadakan lawatan kerja ke Pusat Pemberian Vaksin di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa  The Mines, Seri Kembangan, Selangor.

Ketibaan beliau disambut oleh Ketua Setiausaha, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ir. Ts. Dr. Siti Hamisah Binti Tapsir, Pengurus PPV MIECC, Dr. Mohd Naufal Ridzuan.

Wartawan : Sharil Juruvideo/Penerbit : Azuddin

Beliau turut meluangkan masa hampir 45 minit bagi meninjau perjalanan operasi di pusat pemberian vaksin berkenaan sambil diiringi oleh Dr. Hamisah Tapsir manakala  taklimat perjalanan operasi disampaikan oleh Dr. Mohd Naufal Ridzuan.

Lawatan ini merupakan lawatan pertama Zuki ke PPV setelah perletakkan jawatan Perdana Menteri pada Isnin yang lalu sekaligus mencerminkan kesungguhan beliau selaku ketua perkhidmatan awam negara bagi memastikan jentera kerajaan bergerak seperti biasa.

Zuki turut menyampaikan “Tekad Perkhidmatan Awam” selaras dengan perkembangan semasa bagi memastikan sistem penyampaian kerajaan dapat diteruskan selain memastikan dasar dan program sedia ada berjalan lancar.

Pada masa kini, Perdana Menteri “Caretaker” Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menerajui pentadbiran negara sehingga Perdana Menteri baru dilantik.

Sehingga semalam secara keseluruhan sebanyak 525,111 jumlah dos vaksin telah diberikan dengan jumlah keseluruhan 28.83 juta lengkap dos vaksin.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

KHASPolitikPRU15z10

MAHDZIR Yakin Dapat Pertahan Kerusi Parlimen Padang Terap

KUALA NERANG, 5 November 2022 – Penyandang kerusi Parlimen Padang Terap, Datuk...

PolitikPRU15z10

Tan Sri Rozali Ismail dan GWGF beri sokongan penuh kepada Barisan Nasional

SHAH ALAM, 4 November 2022 – Presiden, Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF)...

KHASPolitikPRU15z10

Mahdzir Seru Ahli Umno Di Semua Peringkat Rapatkan Saf Hadapi PRU15

KUALA NERANG, 3 November 2022 – Kepimpinan UMNO di semua peringkat termasuk...

AMKHASz10

Pemodenan aset ketenteraan adalah keperluan kukuhkan keselamatan di perairan Laut China Selatan

BEAUFORT, 28 Oktober 2022 – Malaysia perlu meningkatkan keupayaan pertahanan dengan pemodenan...