16 Ogos 2021 – Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) mendakwa bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin menawarkan sogokan dan rasuah kepada pembangkang dalam usaha mengekalkan beliau sebagai perdana menteri.
Ketua Pejuanita Muda, Dr Nurul Ashikin Mabahwi berkata, beliau telah dipanggil oleh polis ke Balai Polis Dang Wangi semalam bagi memberi keterengan berhubung dengan laporan polis yang dibuat oleh beliau sebelum ini.
Beliau mendakwa, tawaran oleh Muhyiddin berunsur rasuah. Beliau juga berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan unsur rasuah selain menggesa pihak berkuasa menyiasat perkara tersebut.
Sebelum ini, dalam usaha untuk mengekalkan kerajaan Perikatan Nasional, Muhyiddin telah memberikan perutusan khas serta menjanjikan pembaharuan dalam kerajaan dengan menjemput wakil pembangkang untuk menyertai kerajaan.
Tawaran tersebut antaranya menjadikan jawatan Ketua Pembangkang setaraf Menteri Kanan selain bersedia menyalurkan peruntukan yang sama rata dengan wakil ahli parlimen kerajaan.
Bagaimanapun, tawaran tersebut telah ditolak oleh pembangkang dan menggesa Muhyiddin meletak jawatan.
Muhyiddin telah menghadap Yang di-Pertuan Agong semalam bagi mempersembahkan surat perletakkan jawatan beliau. Yang di-Pertua Agong berkenan melantik beliau sebagai Perdana Menteri “Caretaker” sehingga perlantikkan Perdana Menteri dibuat.
- Bend so you don’t break
- New Directions East Asia 2024: Exploring the Transformative Role of Language Assessment on Education and Society
- Get Wild about the Festive Season with ChristmasVille Furry Monsters Unleash Holiday Fun at Pacific Place and Starstreet Precinct
- UFC® FIGHT NIGHT MACAU at Galaxy Macau A Thrilling Night of Fights Set for Galaxy Arena on November 23
- HKPC Wins Gold Award in Government PR Category at 20th China Golden Awards for Excellence in Public Relations
Leave a comment