Politik @ My LNA

PEJUANG Dakwa Muhyiddin Tawar Rasuah – Dr Nurul Ashikin

273

16 Ogos 2021 – Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) mendakwa bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin menawarkan sogokan dan rasuah kepada pembangkang dalam usaha mengekalkan beliau sebagai perdana menteri.

Ketua Pejuanita Muda, Dr Nurul Ashikin Mabahwi berkata, beliau telah dipanggil oleh polis ke Balai Polis Dang Wangi semalam bagi memberi keterengan berhubung dengan laporan polis yang dibuat oleh beliau sebelum ini.

Beliau mendakwa, tawaran oleh Muhyiddin berunsur rasuah. Beliau juga berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan  unsur rasuah selain menggesa pihak berkuasa menyiasat perkara tersebut.

Sebelum ini, dalam usaha untuk mengekalkan kerajaan Perikatan Nasional, Muhyiddin telah memberikan perutusan khas serta menjanjikan pembaharuan dalam kerajaan dengan menjemput wakil pembangkang untuk menyertai kerajaan.

Tawaran tersebut antaranya menjadikan jawatan Ketua Pembangkang setaraf Menteri Kanan selain bersedia menyalurkan peruntukan yang sama rata dengan wakil ahli parlimen kerajaan.

Bagaimanapun, tawaran tersebut telah ditolak oleh pembangkang dan menggesa Muhyiddin meletak jawatan.

Muhyiddin telah menghadap Yang di-Pertuan Agong semalam bagi mempersembahkan surat perletakkan jawatan beliau. Yang di-Pertua Agong berkenan melantik beliau sebagai Perdana Menteri “Caretaker” sehingga perlantikkan Perdana Menteri dibuat.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

BERSIH mahu perbicaraan pengampunan Najib dibuat secara terbuka

KUALA LUMPUR, 18 April 2024 – Susulan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan...

BM @ MY LNAPolitik @ My LNAUTAMA

Cara pengamalan politik lama harus diubah – Tiong King Sing

SARAWAK, 13 April 2024 – Presiden Parti Demokratik Progresif, Dato’ Seri Tiong...

BM @ MY LNAPolitik @ My LNAUTAMA

Apa hala tuju UMNO Selangor?

Oleh : Tengku Zafrul Semasa Majlis Iftar Ramadhan & perasmian secara serentak...