Politik @ My LNA

Saya Ada Dua Pilihan, Tiada Pihak Yang Ada Majoriti – Muhyiddin Yassin

69

13 Ogos 2021 – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tiada pihak yang boleh membuktikan majoriti di Dewan Rakyat untuk dilantik sebagai Perdana Menteri baru bagi menggantikan beliau.

Muhyiddin berkata demikian dalam perutusan khas beliau petang semalam.

Menurut beliau lagi, sebagai seorang yang patuh kepada perlembagaan, beliau akan mengambil tanggungjawab untuk menyelesaikan krisis politik yang berlaku.

Beliau berkata, meletak jawatan akan menyebabkan kerajaan Perikatan Nasional tumbang selain beliau tidak akan membenarkan kumpulan “kleptokrat” untuk mentadbir negara.

Kumpulan “kleptokrat” yang dimaksudkan oleh Muhyiddin merujuk kepada sekumpulan ahli parlimen yang kini sedang didakwa di mahkamah atas pelbagai pertuduhan melibatkan salah laku penyelewangan dan rasuah.

Selain itu, Muhyiddin menambah bahawa berdasarkan kepada perlembagaan, beliau mempunyai 2 pilihan iaitu menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum selain meletak jawatan.

Muhyiddin juga berkata, perancangan kerajaan adalah untuk memastikan program vaksinasi mengikut jadual selain berharap agar imuniti kelompok dapat dicapai menjelang bulan Oktober ini.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di KKB Boleh Jadi Satu Kesalahan Pilihan Raya

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merujuk kepada...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

BERSIH desak Kerajaan laksana Reformasi Proses Pelantikan Pengerusi SPR & Pindaan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 segera

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

BM @ MY LNAPendapat @ My LNAPolitik @ My LNAUTAMA

BERSIH Selar Pengumuman Peruntukan Terpilih Kerajaan di Kuala Kubu Bharu

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

BERSIH mahu perbicaraan pengampunan Najib dibuat secara terbuka

KUALA LUMPUR, 18 April 2024 – Susulan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan...