Ekonomi @ My LNA

Peningkatan RM 5.9b Pelaburan Di Malaysia, Rizab Antarabangsa Meningkat

69

13 Ogos 2021 – Malaysia terus mencatatkan kedudukan positif dalam Kedudukan Pelaburan Antarabangsa (IIP) Malaysia.

Ketua Perangkawan Malaysia, Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, Malaysia mencatatkan kedudukan aset bersih lebih tinggi RM112.6 bilion berbanding RM106.4 bilion pada suku lepas, didorong oleh peningkatan sebanyak RM5.9 bilion dalam jumlah aset kewangan untuk merekodkan RM2,026.0 bilion.

Sementara itu, jumlah liabiliti mencatatkan nilai RM1,913.3 bilion, sedikit menurun daripada RM1,913.7 bilion pada ST1 2021.

Kedudukan Pelaburan Langsung di Luar Negeri (DIA) merekodkan nilai RM537.7 bilion (ST1 2021: RM539.8 bilion). Pelaburan ini disalurkan terutamanya dalam aktiviti Kewangan yang menyumbang RM235.2 bilion atau 43.8 peratus, diikuti sektor Perlombongan & pengkuarian (13.6%) dan Pertanian (8.6%).

Pada akhir ST2 2021, kedudukan DIA didominasi oleh rantau Asia dengan nilai kumulatif RM276.5 bilion atau 51.4 peratus, diikuti Amerika (23.6%) dan Eropah (19.0%). Negara destinasi utama kedudukan DIA adalah Singapore (20.1%), Indonesia (9.3%) dan Cayman Islands (6.4%).

Bagi kedudukan Pelaburan Langsung Asing (FDI) di Malaysia, pelaburan ini meningkat sebanyak RM16.9 bilion untuk merekodkan RM730.3 bilion (ST1 2021: RM713.4 bilion).

Sektor Pembuatan kekal sebagai penyumbang yang terbesar berjumlah RM289.3 bilion atau 39.6 peratus, diikuti aktiviti Kewangan (23.9%) dan Perdagangan borong & runcit (6.1%).

Rantau Asia memegang kedudukan FDI terbesar dengan nilai RM394.0 bilion atau 54.0 peratus, diikuti Eropah (28.4%) dan Amerika (15.8%). Sementara itu, Singapore (21.4%), Hong Kong (11.9%) dan Japan (10.9%) merupakan negara utama FDI.

Pelaburan portfolio mencatatkan kedudukan liabiliti bersih lebih tinggi berjumlah RM98.1 bilion pada akhir ST2 2021 berbanding RM83.1 bilion pada suku lepas. Pada masa yang sama, kedudukan Pelaburan lain menunjukkan liabiliti bersih yang lebih rendah iaitu RM59.2 bilion daripada RM87.6 bilion pada suku sebelumnya.

Pada akhir Jun 2021, rizab antarabangsa Malaysia berada pada RM461.5 bilion, meningkat daripada RM450.8 bilion pada akhir Mac 2021.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAEkonomi @ My LNAUTAMA

Tindakan puak Houthi di Yaman tidak beri impak besar kepada ekonomi Malaysia

Menteri Pelaburan, Perdagangan & Industri, Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku...

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAKewangan @ My LNAUTAMA

Pelabur tunjuk minat tinggi untuk fahami asas dan potensi ekonomi Malaysia

Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan telah mengetuai delegasi...