KUALA LUMPUR, 13 Ogos 2021 – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan menubuhkan Lembaga Penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian tembakan yang berlaku di Unit TUDM, Kota Samarahan, Kuching, Sarawak, hari ini.
Dalam satu kenyataan media hari ini, TUDM mengesahkan berlaku insiden kejadian tembakan membabitkan empat anggotanya yang berlaku kira-kira jam 7.15 pagi ketika anggota terbabit sedang bertugas.
“Pihak TUDM turut menyerahkan kes kejadian kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan lanjut berkenaan insiden terbabit”.
“Pihak TUDM menggesa semua pihak tidak menyebarkan sebarang spekulasi sehingga proses siasatan oleh PDRM selesai” katanya.
Terdahulu, pihak PDRM telah mengenal pasti identiti empat anggota TUDM yang maut dalam kejadian tembakan iaitu Koperal Ho Swee Boon dari Lundu; Koperal Mohamad Ehsan Sehamat dari Asajaya; Laskar Udara (LU) Luk Nesly anak Nabau dari Sibu dan Koperal Sharif Mohd Siddiq Al-Attas Wan Sabli dari Kuching.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail juga turut berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan mengenai insiden itu.
- COVID-19 : Kes sembuh sebanyak 2,192
- Tempoh perkhidmatan Guru Interim lantikan tahun 2019 akan dilanjutkan untuk tempoh satu (1) tahun lagi
- Malaysia tubuhkan Pusat Revolusi Perindustrian Keempat (C4IR)
- Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 37 sen seliter. RON95 dan Diesel kekal
- Permohonan Geran Padanan dibuka kepada pengusaha hotel taraf 1 dan 2 Bintang