Sains, Teknologi & Komunikasi @ My LNA

Malaysia Bersedia Bangunkan Sistem Pos Antarabangsa

79

13 Ogos 2021- Semua pihak perlu membangunkan momentum dalam dunia pasca pandemik dengan visi yang jelas untuk menarik minat pelabur ke dalam sektor ini iaitu dengan membina rangkaian sistem pos antarabangsa yang mampan.

Malaysia menerusi Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) komited untuk mencapai Agenda Pembangunan Lestari 2030 melalui Kesatuan Pos Sedunia (UPU) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) bagi membina masa depan yang lestari demi kesejahteraan sejagat.

Timbalan Ketua Setiausaha (Infrastruktur Telekomunikasi dan Ekonomi Digital) KKMM, Encik Ma.Sivanesan, menyatakan kesediaan Malaysia membangunkan sistem pos antarabangsa pasca pandemik COVID-19 ini.

“Kesesuaian UPU dalam ekonomi digital baharu ini harus diperluaskan melalui strategi yang bersesuaian dengan dasar, peraturan dan piawaian pos antarabangsa yang akan membina semula sistem pos antarabangsa.

“Sekiranya peluang ini dimanfaatkan, bukan sahaja dapat mengukuhkan rangkaian UPU tetapi juga membuka peluang baharu untuk pelbagai pihak. Kita juga perlu memperkasakan penguasaan data, kecerdasan buatan dan inovasi untuk membawa sistem pos ke era digitalisasi global,” katanya ketika menyampaikan ucapan secara maya dalam Persidangan Peringkat Menteri sempena Kongres ke-27 UPU di Abidjan, Cote D’Ivore hari ini.

Jelasnya, Malaysia menegaskan kembali komitmennya untuk menyokong secara aktif matlamat dan objektif UPU serta bersedia berkhidmat dalam UPU bagi penggal akan datang sekiranya berjaya dipilih sebagai ahli dalam CA dan POC kelak.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member