12 Ogos 2021 – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyasarkan tiga pingat emas bagi Sukan Paralimpik Tokyo yang dijadual akan berlangsung dari 24 Ogos-5 September ini.
Timbalan Menteri KBS, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata sasaran itu adalah menyamai apa yang pernah dilakukan oleh kontinjen negara lima tahun lalu di Rio serta seperti yang telah diumumkan Menteri KBS, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican bulan lepas untuk temasya kali ini di Jepun.
“Antara atlet yang menjadi tumpuan bagi temasya kali ini adalah dua pemenang pingat emas di Rio 2016 iaitu Muhammad Ziyad Zolkefli dan Abdul Latif Romly dari olahraga, diikuti Cheah Liek Hou (badminton), S. Suresh (memanah) dan Bonnie Bunyau Gustin (powerlifting)”.
“Mereka ini berada dalam kedudukan terbaik untuk bersaing dan saya berharap agar atlet ini dapat membuat pencapaian cemerlang untuk negara kita,” katanya dalam sidang media Majlis Pengukuhan Semangat Tim Para Malaysia ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020 secara maya semalam.
Muhammad Ziyad (lontar peluru F20); Abdul Latif (lompat jauh T20); dan Bonnie (powerlifting kategori atas 72 kilogram) merupakan pemegang rekod dunia bagi acara masing-masing manakala Cheah adalah juara dunia enam kali dan S. Suresh, juara Kejohanan Memanah Para Dunia 2019 di Hertogenbosch, Belanda.
Tambah Wan Fayhsal, beliau percaya selain daripada atlet sandaran, atlet negara yang lain juga turut mampu untuk mencipta kejutan serta mengharumkan nama negara dalam acara yang ditandingi pada kejohanan itu nanti.
Sementara itu, Ketua Kontinjen negara ke Sukan Paralimpik Tokyo, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata kesemua atlet mampu menyerap tekanan untuk beraksi di temasya berkenaan walaupun ada dalam kalangan mereka tidak dapat beraksi lebih dua tahun bagi saingan kompetitif antarabangsa akibat pandemik COVID-19 kerana atlet dari negara lain turut berdepan dengan masalah yang sama.
Seramai 22 atlet kontinjen negara akan menggalas cabaran dalam pertandingan sembilan jenis sukan dan 32 acara secara keseluruhan pada sukan Paralimpik Tokyo 2020.
- Bend so you don’t break
- New Directions East Asia 2024: Exploring the Transformative Role of Language Assessment on Education and Society
- Get Wild about the Festive Season with ChristmasVille Furry Monsters Unleash Holiday Fun at Pacific Place and Starstreet Precinct
- UFC® FIGHT NIGHT MACAU at Galaxy Macau A Thrilling Night of Fights Set for Galaxy Arena on November 23
- HKPC Wins Gold Award in Government PR Category at 20th China Golden Awards for Excellence in Public Relations
Leave a comment