7 Ogos 2021- Kementerian Perpaduan Negara (KPN) akan bekerjasama dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk menyediakan bantuan kewangan sejumlah RM1 juta di PUSARA Hospital Kuala Lumpur (HKL) iaitu RM500,000 di bawah Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) bagi pengurusan mayat selain Islam kaum India dan RM500,000 di bawah Program Pembangunan Kampung Baru bagi pengurusan mayat selain Islam kaum Cina.
Jelas Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique, berdasarkan hasil tinjauan dan maklumbalas yang diterima, terdapat beberapa isu yang dikenalpasti menjadi punca kelewatan pengurusan mayat di PUSARA HKL iaitu keupayaan kewangan untuk membayar kos perkhidmatan pengurusan mayat.
“Golongan B40 tidak dapat membayar kos perkhidmatan pengurusan mayat dan kekurangan sumber manusia untuk menguruskan mayat termasuk urusan penyelarasan dengan waris.
“Bantuan kewangan ini adalah untuk meringankan beban kewangan waris B40,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
KPN turut menjalinkan kerjasama dengan dua Badan Bukan Kerajaan (NGO) iaitu Malaysian Society for Disaster Victim Identification (MSDVI) dan Yayasan Prihatin Wilayah (PRIVO) melibatkan 60 orang sukarelawan bagi membantu melicinkan urusan logistik di pihak PUSARA HKL.
“Saya berharap melalui insiatif yang diambil akan dapat membantu PUSARA HKL dalam pengurusan mayat warga tempatan selain Islam yang berada di dalam penyimpanan bilik mayat,” katanya.
Sumber foto : Facebook rasmi Menteri KPN
- Formula Surcaj Lewat Bayar Bil Elektrik TNB Yang Tular Adalah Salah
- Gempa bumi kuat di Seram, Indonesia
- Etika didik hibur menggunakan media sosial di sekolah
- Marasca Samui Opens in July 2024: A New Concept of Casual Luxury at Chaweng Beach in Thailand
- TAISE 3rd Asia-Pacific Sustainability Action Awards Embarking on a Sustainable New Journey
Leave a comment