Home AM Benar Syarikat Kontraktor dan Pembekal Beroperasi, Perlu Dapat Surat Arahan Kerja
AM

Benar Syarikat Kontraktor dan Pembekal Beroperasi, Perlu Dapat Surat Arahan Kerja

7 OGOS 2021 Kementerian Kerja Raya (KKR) memberikan kebenaran beroperasi kepada syarikat kontraktor dan pembekal yang melaksanakan kerja-kerja penyenggaraaan jalan dan cerun di bawah seliaan KKR dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP).

Jelasnya, Sub kontraktor atau syarikat yang dilantik oleh Syarikat Konsesi atau Kontraktor Utama hanya perlu mendapatkan surat arahan kerja dari Syarikat Konsesi atau Kontraktor Utama yang melantik berserta surat kebenaran dari KKR.

“Sub kontraktor atau syarikat yang berkenaan tidak perlu lagi mendapatkan kebenaran beroperasi melalui Sistem COVID-19 Intelligent Management System (CIMS) MITI.

“Kapasiti pekerja yang dibenarkan adalah seramai 60% pada Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1 dan 80% pada PPN Fasa 2.

Ujarnya, Hanya syarikat Konsesi atau Kontraktor Utama sahaja yang perlu mendapatkan kelulusan melalui CIMS 3.0 MITI.

“Syarikat yang terlibat boleh memohon kebenaran beroperasi melalui Sistem CIMS MITI di https://notification.miti.gov.my di bawah Kluster Pembinaan, Sektor Kerja–kerja Pengubahsuaian Rumah Kediaman Perseorangan/ Bangunan Komersial.

“Bagi Kontraktor G1 dan G2 yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) boleh mendapatkan kebenaran beroperasi daripada PBT yang melantik atau Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya

Sebarang pertanyaan mengenai operasi sektor pembinaan di sepanjang tempoh PPN boleh diajukan kepada CIDB Careline di talian 03-5567 3300 (waktu operasi dari Isnin hingga Jumaat, 8.00 pagi hingga 5.30 petang).

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMPendapat

KENAPA MASIH ADA RAMAI MANGSA BANJIR PALOH TAK TERIMA BANTUAN?

Saya mempunyai senarai nama orang Paloh yang masih belum terima wang bantuan...

AMEkonomiHighlightsMY LNA

Anwar adakan sesi dialog dengan pemimpin perniagaan, badan pengawal selia dan ahli ekonomi

PUTRAJAYA, 30 Mei 2023 – Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Dato’ Seri...

Alam SekitarAMHighlights

Orang ramai diingatkan tidak lakukan pembakaran terbuka

30 Mei 2023 – Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim,...

AMMY LNA

Rodzi Md Saad pengarah baharu MAMPU

PUTRAJAYA, 30 Mei 2023 – Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia...