KUALA LUMPUR 7 Ogos 2021 – Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menjalankan ujian antibodi untuk vaksin COVID-19 kerana masih tiada garis panduan klinikal dikeluarkan mengenai perkara itu.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata ujian tersebut adalah tidak digalakkan seperti mana garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) dan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat serta amalan di negara lain.
Jelas Khairy, Kementerian Kesihatan (KKM) akan keluarkan kenyataan dalam masa terdekat (mengenai perkara itu) kerana masih tiada garis panduan klinikal untuk ujian antibodi yang tepat dapat hasilkan.
“Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) bagaimanapun sedang menjalankan kajian mendalam mengenai kesan pengambilan vaksin Covid-19 ke atas sistem imun dan hasil kajian akan diumumkan kepada orang ramai”.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi Persada PLUS, hari ini.
- COVID-19 : Kes sembuh sebanyak 2,192
- Tempoh perkhidmatan Guru Interim lantikan tahun 2019 akan dilanjutkan untuk tempoh satu (1) tahun lagi
- Malaysia tubuhkan Pusat Revolusi Perindustrian Keempat (C4IR)
- Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 37 sen seliter. RON95 dan Diesel kekal
- Permohonan Geran Padanan dibuka kepada pengusaha hotel taraf 1 dan 2 Bintang