Pelancongan @ My LNA

Tingkatkan Kepercayaan Masyarakat Untuk Melancong

161

31 Julai 2021- Berikutan wabak pandemik yang melanda negara dan menjejaskan sektor pelancongan, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Datuk Seri Nancy Shukri berkata kerajaan berusaha untuk meningkatkan kepercayaan masyarakat untuk melancong dan menyusun semula strategi pasca wabak.

Jelasnya, perbincangan masih dijalankan untuk mengambil tindakan terbaik di antara kerajaan, pihak berkuasa dan rakan industri di mana kami menjadikan ASEAN sebagai destinasi tunggal.

“Pembangunan produk pembangunan ASEAN telah berjalan sejak 2016 dan akan terus dilaksanakan apabila negara membuka semula sempadan antarabangsa.

“Malaysia bersama negara lain seperti Indonesia, Thai, Singapura dan Filipina akan terus bekerjasama dalam sektor ekonomi, budaya, kesejahteraan dan juga kedatangan antarabangsa,” katanya dalam sesi bual bicara The Dominique Wong Weekend Show secara dalam talian.

Ujarnya juga, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) telah bersetuju untuk meneruskan kursus Domestic Tourism Vibes 2.0.

“Berdasarkan sektor pelancongan, ianya sangat penting untuk meningkatkan kapasiti dan kredibiliti kepada latihan literasi digital dalam norma baharu.

“Sebelum ini, kementerian membantu pemandu pelancong yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk memperbaharui lesen mereka agar memudahkan mereka untuk mula berkerja apabila sektor pelancongan dibuka semula,”katanya.

Tambahnya, ianya sangat penting untuk kongsikan keunikan tradisi dan budaya masyarakat tempatan malah MOTAC juga perlu memikirkan satu kaedah terbaik sewaktu pelaksanaan PKP.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles