AM

YDPA Zahir Penghargaan Kepada Raja Salman, Sumbang 2juta Dos Vaksin

86

30 Julai 2021 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Penjaga Dua Masjid Suci, Yang Mulia Raja Salman Abdulaziz Al Saud atas sumbangan sejuta dos vaksin AstraZeneca dan 4.5 juta unit peralatan perubatan bernilai 5 juta USD bagi membantu Malaysia menangani cabaran pandemik COVID-19.

Selain itu, Seri Paduka Baginda berdua juga menzahirkan penghargaan kepada Putera Mahkota Arab Saudi, Yang Mulia Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al Saud dan Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan Al Saud atas sumbangan ini yang tiba di Malaysia menerusi dua buah pesawat Saudia Airlines semalam dan sebuah lagi hari ini.

“Seri Paduka Baginda berdua amat menghargai kemurahan hati Yang Mulia Raja Salman Abdulaziz Al Saud yang telah menitahkan Pusat Kemanusiaan Raja Salman (KSrelief) supaya segera menyalurkan sumbangan vaksin dan peralatan perubatan kepada Malaysia”.

“Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan penghargaan kepada Menteri Kanan Luar Negeri YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein atas pelaksanaan kerjasama di antara Kerajaan Malaysia dan Arab Saudi dalam menjayakan sumbangan bekalan vaksin dan peralatan perubatan ini”.

Sebagai menjunjung titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Dato’ Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, turut menyampaikan ucapan terima kasih Baginda kepada Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Datuk Dr. Mahmoud Hussien Saeed Qattan dan kerajaan Arab Saudi atas sumbangan ini.

Sumbangan ini jelas membuktikan persahabatan dan hubungan baik yang terjalin sejak sekian lama di antara kerajaan dan rakyat kedua-dua negara.

Semoga sumbangan bekalan vaksin dan peralatan perubatan ini membantu negara memerangi pandemik COVID-19 dan memperhebatkan lagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Seri Paduka Baginda berdua turut mengambil kesempatan ini menyeru rakyat untuk bersama mendoakan agar negara sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT, dijauhi dari sebarang musibah dan pandemik COVID-19 dapat dibendung serta diakhiri dengan segera.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAKewangan @ My LNAUTAMA

Pelabur tunjuk minat tinggi untuk fahami asas dan potensi ekonomi Malaysia

Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan telah mengetuai delegasi...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Suci Aidilfiri bukan untuk dicemari

Oleh: Dr. Sharifah Basirah Syed Muhsin Hari Raya Aidilfitri merupakan hari yang...

AMBM @ MY LNAKesihatan @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Raikan Syawal sebagai ibu bapa prihatin, demi senyuman mereka

Oleh: Prof Madya Dr Lily Azura Shoaib, Dr Noorhidayah Zainal Aalam Sambutan...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Satu lagi gempa bumi sederhana di Utara Laut Maluku

Satu lagi kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di  Utara Laut Maluku...