Alam Sekitar @ MY LNAAM

KeTSA Sambut Baik Usaha Menjadikan Kuala Gula-Matang Sebagai Tapak Ramsar Ke-8 Negara

135

PUTRAJAYA 14 JUN 2021 – Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) menyambut baik cadangan untuk mencalonkan kawasan Kuala Gula-Matang sebagai Tapak Ramsar Ke-8 di Malaysia.

Menterinya, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata namun ianya tertakluk kepada persetujuan Kerajaan Negeri Perak dalam usaha pemuliharaan tanah lembap serta menaikkan profil kawasan tersebut sebagai Kawasan Berkepentingan Antarabangsa.

“Pencalonan kawasan Kuala Gula-Matang sebagai Tapak Ramsar akan dapat memperkasakan penjanaan ekonomi Kerajaan Negeri dan penduduk tempatan melalui aktiviti eko pelancongan” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Jelas beliau, pencalonan ini juga akan menarik dana dari dalam dan luar negara untuk membiayai kajian-kajian dan kepakaran dalam pemuliharaan tanah lembap.

Misi penubuhan Konvensyen Ramsar adalah bagi memastikan tanah lembap dipelihara dan diguna secara mampan melalui tindakan di peringkat tempatan, wilayah dan kebangsaan serta kerjasama di peringkat antarabangsa ke arah mencapai pembangunan lestari.

Tambah beliau, aspek pengurusan dan pentadbiran Tapak Ramsar adalah tertakluk kepada akta dan perundangan yang dikuatkuasakan oleh Pengurus kawasan (custodian/manager) yang berkaitan dan Konvensyen ini tidak mempunyai sebarang komitmen daripada segi obligasi perundangan.

“Kini terdapat 7 kawasan di Malaysia yang telah disenaraikan sebagai Tapak Ramsar iaitu Tasek Bera di Pahang; Tanjung Piai, Pulau Kukup dan Sungai Pulai di Johor; Kuching Wetland National Park, di Sarawak; serta Lower Kinabatangan – Segama Wetlands dan Kota Kinabalu Wetland di Sabah” jelas beliau.

“Kementerian akan mengadakan perbincangan lanjut dengan Kerajaan Negeri Perak untuk mencadangkan kawasan tersebut sebagai Tapak Ramsar”.

“Sekiranya pencalonan ini berjaya, Kuala Gula-Matang akan menjadi Tapak Ramsar pertama di Perak dan Wilayah Utara Semenanjung Malaysia” katanya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...