PUTRAJAYA 14 JUN 2021 – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan keputusan peperiksaan Siji Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2020 akan diumumkan pada 17 Jun 2021 (Khamis) mulai pukul 10.00 pagi.
KPM dalam satu kenyataan media memaklumkan calon sekolah dan calon persendirian boleh membuat semakan keputusan melalui kaedah berikut:
- secara dalam talian di pautan myresult1.moe.gov.my atau myresult2.moe.gov.my untuk mendapatkan keputusan penuh; dan/atau
- menerusi perkhidmatan SMS untuk mendapatkan ringkasan keputusan STAM 2020 dengan menaip STAM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 68886. Perkhidmatan ini akan diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada 17 Jun 2021 dan akan ditamatkan pada pukul 6.00 petang pada 23 Jun 2021.
“Bagi calon sekolah dan persendirian pula yang tidak mempunyai akses internet, KPM akan mengenal pasti kaedah sesuai untuk mengumumkan keputusan peperiksaan menerusi sekolah dan Jabatan Pendidikan Negeri/Pejabat Pendidikan Daerah”, ujar KPM lagi.
- Let’s think of kinder ways to treat our strays
- From Ludlings to Skibiidi
- Tottenham Hotspur Partners with Global Online Trading Platform AIMS
- Galaxy Macau Presents ‘Galaxy Opera Gala’, an Unprecedented Opera Extravaganza Featuring Plácido Domingo and Guests
- Blue Celebrates its 6th Anniversary “Reveal your rewards 123+”
Leave a comment