Pelancongan @ My LNA

MOTAC Guna Pelbagai Strategi Pulihkan Sektor Pelancongan Negara – Nancy

117

KUALA LUMPUR 14 JUN 2021 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya akan melaksanakan pelbagai strategi dan pendekatan bagi memulihkan kembali sektor pelancongan, seni dan budaya negara walaupun negara masih terkesan dengan pandemik Covid-19.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri berkata, MOTAC perlu menyeimbangkan antara kelangsungan ekonomi pemain industri pelancongan dan rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19 serta perlu merancang pelbagai strategi dalam memulihkan sektor tersebut, ujar Nancy yang ditemu bual dalam Bicara Naratif di RTM hari ini.

Selain itu juga, bagi memastikan sektor budaya dan warisan negara dapat dikekalkan, MOTAC turut mendekati pengusaha-pengusaha seni dan budaya.

“Kami membantu pengusaha kraf yang- ada nilai tersendiri contohnya di Terengganu. Selain mempunyai tenunan songket dan batik, terdapat juga perusahaan logam. Begitu juga di Sarawak seperti di Batang Sadong terdapat perusahaan Songket Sarawak. Untuk mempergiatkan industri ini, latihan diberi kepada protégé baru. Selain itu juga menerusi Pelan PENJANA, elaun latihan turut diberikan”, ujar beliau.

Menurut beliau, ini sekaligus dapat mengekalkan seni dan budaya dengan melatih seramai mungkin memandangkan bidang ini memerlukan minat dan kesungguhan.

Platform Digital Bantu Usahawan Kraf

Menyedari segalanya perlu diselaraskan dengan norma baharu, MOTAC turut memastikan pengusaha dan usahawan kraf tidak ketinggalan dalam meraih peluang untuk memasarkan secara dalam talian.

Nancy berkata sebanyak 3 inisiatif platform digital yang dibangunkan MOTAC melalui Kraftangan Malaysia iaitu E-Kraf Bazar, MyCraftshoppe dan Craftonthego bagi membantu usahawan kraf mempromosi dan menjual hasil kraf mereka bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia.

“Nilai jualan kraf berjaya dijana melalui inisiatif ini ialah sebanyak RM18.5 juta dengan 15,690 orang telah berdaftar sebagai ahli EKB di mana 1,651 orang merupakan usahawan kraf. Manakala MyCraftshoppe pula, seramai 551 usahawan kraf telah memasar dan mempromosikan sebanyak 13,014 Stock Keeping Unit (SKU) dengan nilai jualan yang dijana sebanyak RM105,822.49 akan membangunkan semula industri pelancongan; dan mewujudkan ‘pekerjaan sementara’ bagi mereka yang terjejas pendapatan akibat keadaan semasa.

“Calon sukarelawan akan diberi latihan oleh Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) agar urusan pengendalian pemberian vaksin berjalan lancar. Cadangan ini adalah juga seiring dengan pelaksanaan inisiatif Voluntourism yang dijalankan oleh MOTAC. Saya yakin, ramai sukarelawan dari industri ini yang bersedia untuk menjadi sukarelawan dalam pelaksanaan pemberian vaksin ini” ujar Nancy komited dalam merancana pelbagai strategi untuk industri pelancongan.

Libat Urus Pastikan Agenda Berjaya

Bagi memastikan agenda pemulihan pasca Covid-19 dapat dilaksanakan, MOTAC menjalin kerjasama erat dengan pihak persatuan seperti Persatuan Hotel Malaysia (MAH), Persatuan Pemilik Hotel Malaysia (MAHO) dan Persatuan Hotel Bajet & Bisnes Malaysia (MyBHA)

“Kerjasama ini membolehkan kami merangka hala tuju bersama agar industri ini dapat terus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara dalam suasana mencabar ketika ini” ujar beliau.

Belaiu menambah penubuhan Jawatankuasa Pasukan Pengurusan Krisis MOTAC atau Crisis Management Taskforce (CMT) bertujuan membincangkan bantuan segera (quick wins) dan perancangan jangka pendek demi memastikan kelangsungan sektor pelancongan negara yang dilihat semakin kritikal.

Pelbagai inisiatif dilaksanakan termasuklah program reskilling kepada pemandu pelancong berlesen negara iaitu Program Domestic Tourism Vibes secara percuma dengan yuran pelaksanaan dimansuhkan oleh pelaksana kursus bagi meringankan beban pemandu pelancong berlesen negara dalam tempoh pandemik COVID-19.

“Kita juga senantiasa mempromosikan industri pelancongan, seni dan budaya ini bagi memastikan rakyat tidak lupa akan tarikan yang ada dalam negara dan kita berharap agar Covid-19 segera berakhir supaya kita dapat merancakkan kembali industri pelancongan negara”, ujar beliau.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNAPelancongan @ My LNAUTAMA

MOTAC adakan kolaborasi dan libat urus, perkasakan pelancongan di Semporna

5 Mac 2024 – Semporna merupakan pilihan pelancong domestik dan antarabangsa terutamanya...

BM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNAPelancongan @ My LNAUTAMA

Spritzer EcoPark Memeriahkan Tahun Baru Cina dengan Sambutan Musim Bunga yang Mempesonakan

KUALA LUMPUR/TAIPING, 8 FEBRUARI 2024 – Spritzer EcoPark sangat teruja untuk sambutan besar-besaran dengan...