14 JUN 2021 – Susulan dari video tular semalam (Ahad) yang menyiarkan sebuah lori yang membawa sekumpulan pekerja warganegara asing di sekitar kawasan Sg. Petani, Kedah di mana menunjukkan beberapa pekerja yang berada di dalam lori tersebut memakai gelang kuarantin berwarna merah jambu, pihak polis IPD Kuala Muda telah bertindak mengesan serta merta lori bersama individu yang dibawa.
“Hasil tindakan pantas pihak polis, lori tersebut berjaya dikesan dan ditahan berdekatan kawasan Sg Lalang, Bedong, Kedah.
Siasatan awal di lokasi, seramai 48 orang kes positif berada di dalam lori tersebut dalam keadaan tangan bergelang kuarantin dan sedang dalam perjalanan pulang dari Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Muda, Kedah ke asrama perkerja di kilang pemprosesan ayam di Singai Lalang Bedong Kedah.” kata Ketua Polis Dareah Kuala Muda, ACP Adzli bin Abu Shah dalam satu kenyataan semalam.
Tambah Adzli, tindakan telah diambil oleh pihak polis terhadap pemandu lori tersebut di mana pemandu itu disaman atas kesalahan dibawah Sek 23(2) AKta Pengangkutan Jalan 1987 (Menggunakan Lesen Kereta Motor (LKM) bagi tujuan lain.)
“Selain itu, kertas siasatan turut dibuka melibatkan pengurus/majikan kilang tersebut dibawah Sek 22(b) Akta 342 (Kesalahan am tidak mematuhi apa-apa perintah yang dikeluarkan pegawai yang diberi kuasa) dan Sek 270 KK (Perbuatan cuai yang mungkin merebakkan kejangkitan apa-apa penyakit yang berbahaya kepada nyawa).” katanya.
Dalam pada itu, Kementerian Perdangangan Antarabangsa dan Industri (MITI) turut mengutuk kejadian itu, Menurut MITI di dalam satu ciapan di Twitter rasminya hari ini, MITI mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak bertanggungjawab kilang tersebut dalam pengurusan pekerjanya yang tidak beretika dan tidak mematuhi SOP.
“Majikan wajib melaksanakan tatacara pengurusan pekerja mengikut ketetapan #Akta446 yang boleh dirujuk kepada Kementerian Sumber Manusia (KSM).” kata MITI.
MITI turut menyeru kepada orang ramai agar melaporkan kepada pihak mereka sekiranya terdapat kejadian seumpamanya.
“Jika anda tahu mana-mana kilang yang tidak beretika seperti ini, laporkan kepada kami melalui covid19aduan@miti.gov.my. Bantu kami untuk mengesan mereka agar tindakan dapat diambil pada kadar segera.” kata MITI.
- Bend so you don’t break
- New Directions East Asia 2024: Exploring the Transformative Role of Language Assessment on Education and Society
- Get Wild about the Festive Season with ChristmasVille Furry Monsters Unleash Holiday Fun at Pacific Place and Starstreet Precinct
- UFC® FIGHT NIGHT MACAU at Galaxy Macau A Thrilling Night of Fights Set for Galaxy Arena on November 23
- HKPC Wins Gold Award in Government PR Category at 20th China Golden Awards for Excellence in Public Relations
Leave a comment