Home Kenyataan Media Dua PPV akan dibuka di daerah Simunjan dan RTC Munggu Lalang
Kenyataan Media

Dua PPV akan dibuka di daerah Simunjan dan RTC Munggu Lalang

13 JUN 2021 – Ahli Parlimen Batang Sadong, Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri memaklumkan bahawa dua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) akan dibuka di daerah Simunjan bertempat di Dewan Mesra Simunjan dan RTC Munggu Lalang, Gedong.

Menurut Nancy di dalam satu kenyataan semalam, Bagi penerima suntikan vaksin dari Sadong Jaya, PPV mereka adalah di Kompleks Sukan Asajaya.

“Sejumlah 3000 dos vaksin disediakan bagi daerah Simunjan dengan sasaran 600 penerima sehari di Dewan Mesra Simunjan manakala seramai 250 penerima pula di RTC Munggu Lalang, Gedong.

Saya mengesa masyarakat P200 Batang Sadong yang telah ditentukan tarikh dan masa temujanji mereka untuk hadir mengambil suntikan di tempat Pusat Pemberian Vaksin (PPV)  yang telah ditentukan.” kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya itu.

Nancy turut memberi nasihat agar jangan mudah percaya dengan dakwaan tidak benar mengenai vaksin yang digembar gembur oleh pihak-pihak tertentu kerana vaksin yang dibeli telah diuji secara klinikal dan adalah selamat.

“Saya juga memohon semua penerima suntikan vaksin untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Gunalah pelitup muka sebaik keluar rumah, elak berada di tempat yang sesak dan sempit serta elak juga daripada berbual dan bersembang dalam jarak yang dekat.

Pastikan juga anda bersarapan dan membawa rekod kesihatan atau senarai ubat yang diambil pada masakini untuk perhatian petugas kesihatan kelak.” katanya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMCOVID-19Kenyataan MediaKesihatan

COVID-19 : Jumlah kes baharu meningkat semula

16 November 2022 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKM...

AMKenyataan MediaKHASMY LNA

LRT Kelana Jaya : Keputusan APAD dialu-alukan

13 November 2022 – Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia...

8.7
Kenyataan Media

Best Places Where Democrats Can Pull Off an Opinion

Import demos, pages or elements separately with a click as needed. Single...

Kenyataan Media

The COVID Data That Are Actually Useful Now

Mauris mattis auctor cursus. Phasellus tellus tellus, imperdiet ut imperdiet eu, iaculis...