Sains, Teknologi & Komunikasi @ My LNA

Kerjasama SKMM – Syarikat Telco Bagi Kempen Kesedaran Pencegahan Jenayah Komunikasi

89
Business, technology, internet and networking concept. Young businessman working on his laptop in the office, select the icon Fraud prevention on the virtual display

13 JUN 2021 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menganjurkan Kempen Kesedaran Pencegahan Jenayah Telekomunikasi melibatkan penipuan melalui panggilan telefon dan khidmat Pesanan Ringkas (SMS).

Inisiatif ini merupakan hasil kerjasama dengan pihak penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang bertujuan mendidik pengguna mengenal pasti aktiviti penipuan dan langkah-langkah yang boleh diambil dalam menghalang cubaan penipuan (scam).

Dalam satu kenyataan media semalam, SKMM memaklumkan kempen itu akan memfokus tiga modus operandi jenayah telekomunikasi, iaitu penipuan panggilan (Vishing), penipuan SMS (Smishing) dan penipuan kod transaksi pengesahan (TAC).

Penipuan melalui panggilan telefon ialah pemanggil mengaku sebagai pegawai dari agensi kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Bank Negara Malaysia dan mahkamah atau badan swasta seperti institusi perbankan, yang memberitahu kononnya mangsa ada masalah dengan pihak berkuasa sebelum memperdaya mereka supaya mendedahkan maklumat peribadi serta kewangan.

Penipuan SMS pula membabitkan individu menghantar teks pesanan kononnya daripada institusi perbankan dan menyatakan terdapat transaksi perbankan telah dilakukan, sebelum mangsa diminta membuat pengesahan dengan menghubungi nombor talian atau klik pada pautan disertakan.

Manakala, penipuan kod TAC pula membabitkan individu menghubungi mangsa menggunakan pelbagai medium sebelum meminta nombor TAC, kononnya tersalah memasukkan nombor telefon milik mangsa.

“Melalui kempen ini juga, hebahan berkaitan dengan maklumat serta tip untuk mengenal pasti aktiviti penipuan dan langkah-langkah yang boleh diambil untuk menanganinya akan dikongsi secara menyeluruh di pelbagai platform media sosial seperti Facebook, Twitter, laman sesawang selain penggunaan hashtag” jelasnya.

Kempen ini akan dijalankan secara berterusan bermula hari ini dengan melibatkan penyertaan sejumlah 15 penyedia perkhidmatan telekomunikasi iaitu Altel, Celcom, Digi, Maxis, Merchantrade, PAVOCOMMS, RedONE, RedTone, Time, TM, TuneTalk, U Mobile, Webe, XOX dan YES.

“Bagi tempoh antara tahun 2020 sehingga bulan Mei 2021, sejumlah 1,290 kes telah dilaporkan kepada SKMM. Sehingga 24 Mac 2021 yang lalu, jumlah kes penipuan panggilan yang telah dilaporkan kepada PDRM adalah sejumlah 1,392 kes dengan nilai kerugian sebanyak RM38,198,730.01”.

“Sehubungan itu, SKMM ingin mengingatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan panggilan atau SMS yang diterima daripada pihak tidak dikenali dan mencurigakan. Segera rujuk atau laporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa yang berkenaan untuk perhatian dan tindakan susulan” katanya

Pengguna juga boleh menyalurkan maklumat dan membuat aduan berhubung insiden penipuan (scam) kepada pihak PDRM CCID Scam Response Centre melalui talian 03-2610 1559/03-2610 1599 yang dibuka setiap hari daripada pukul 8.00 pagi sehingga 8.00 malam.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAPendapat @ My LNASains, Teknologi & Komunikasi @ My LNAUTAMA

Merakyatkan ilmu sains demi masa hadapan 

Oleh: Prof. Madya Ts. Dr. Zul Ilham Zulkiflee Lubes Di dalam era...

AMBM @ MY LNAKomunikasi Digital @ My LNASains, Teknologi & Komunikasi @ My LNAUTAMA

CCoE fokus latihan keselamatan siber

CYBERJAYA, 26 Mac 2024 – Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim hari...