Ekonomi @ My LNA

Tempoh rayuan bagi permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan dibuka mulai 15 hingga 30 Jun 2021

77

13 Jun 2021 – Menyedari bahawa mungkin masih ada rakyat yang layak menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) tetapi masih belum didaftarkan di dalam pangkalan data Kerajaan maka tempoh rayuan bagi permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan dibuka mulai 15 hingga 30 Jun 2021 bagi membantu mereka yang tidak lulus dalam permohonan sebelum ini. 

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam satu kenyataan semalam, pPemohon boleh mengemukakan rayuan beserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

“Proses rayuan ini juga bagi memastikan bantuan dapat disampaikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

Seperti diumumkan dalam Program PEMERKASA+ pada 31 Mei 2021, Kerajaan telah memperkenalkan BPR Tambahan sebanyak RM2.1 bilion untuk membantu penerima BPR 2021 sedia ada. Pemohon yang lulus rayuan BPR ini layak menerima bayaran BPR Tambahan berkenaan.” kata Tengku Zafrul.

Permohonan rayuan boleh dibuat melalui kaedah :

Secara dalam talianMelalui Portal Rasmi BPR LHDNM, bpr.hasil.gov.my
Penghantaran Borang Rayuan BPR 2021 Secara ManualCawangan / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM yang berhampiran secara janji temu sahaja (tertakluk kepada SOP semasa Kaunter Perkhidmatan Kerajaan)

“Setelah pangkalan data BPR dikemaskini, pembayaran rayuan BPR kepada pemohon yang lulus akan disalurkan pada bulan Ogos 2021 (BPR Tambahan) dan September 2021 (BPR Fasa 3).

Pemohon rayuan BPR boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) yang telah dimuat naik di portal rasmi BPR (bpr.hasil.gov.my) bagi mendapatkan maklumat lanjut.” kata Tengku Zafrul.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAKewangan @ My LNAUTAMA

Belanjawan 2025 : KPDN mulakan siri dialog bersama pemain industri peruncitan

KUALA LUMPUR 16 Julai 2024 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos...

BM @ MY LNAEkonomi @ My LNAPertanian @ My LNA

LPNM & UMPSA tandatangan MOU, jalin kerjasama strategik untuk industri nanas

PAHANG – Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman...

Biz @ My LNABM @ MY LNAEkonomi @ My LNA

Peruntukan RM2.5 Juta kepada Angkasa Biayai Program Pembangunan dan Pendidikan

PUTRAJAYA, 16 Julai 2024 – Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) memperuntukkan dana sejumlah...