AM

PEKA Bantah Perlombongan Sekitar Tasik Chini Seluas 40.51 Hektar

82

7 JUN 2021- Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (PEKA) Malaysia membantah dengan sekerasnya kelulusan yang diberikan kepada syarikat perlombongan di Lot 89798 Mukim Penyor, Pekan.

Presiden PEKA, Puan Sri To’ Puan Datuk Prof. Dr. Shariffa Sabrina Syed Akil berkata projek perlombongqn tersebut melibatkan kawasan seluas 40.51 hektar dan hanya terletak 3km dari Tasik Chini.

“Tasik Chini merupakan Kawasan Sensitif Alam SekitaR (KSAS) dan dirizabkan sebagai Tapak Rizab Biosfera UNESCO namun kebelakangan ini berdepan dengan masalah pencemaran perlombongan dan pembalakan”.

“Pembalakan hutan dan perlombongan yang masih berjalan hingga hari ini dikawasan berhampiran Tasik Chini mengakibatkan
Buffer zone yang semakin tipis dan mendatangkan keburukan di tasik dan kawasan sekitarnya”.

“Pencemaran dan gangguan ekologi hidrologi yang sedang berlaku boleh membawa kepada bencana alam seperti banjir besar dan tanah runtuh akibat daripada aktiviti pembalakan serta perlombongan” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Selain kemusnahan habitat tumbuhan dan hidupan liar, pencemaran yang berlaku turut menjejaskan sektor pelancongan di Tasik Chini kerana banyak kawasan menarik bagi tujuan pelancongan di sekelilingnya terjejas akibat daripada kemusnahan yang berlaku.

Tambah beliau, Kerajaan Pahang juga telah mewartakan Tasik Chini sebagai Taman Negeri pada tahun 2020 dan sebagai Hutan Simpan Kekal bagi Tasik Chini dan kawasan sekitarnya pada tahun 2019.

Terdahulu, tular bahawa sebuah syarikat berkaitan Kerabat Diraja yang mendapat kelulusan untuk menjalankan aktiviti perlombongan di sekitar Tasik Chini.

“PEKA Malaysia memohon dengan kuasa penuh di tangan Menteri Besar Pahang agar membatalkan kelulusan yang telah diberikan sebelum ini” katanya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...