PICK UTAMA

[VIDEO] PUSAT KOMUNITI DESA KPLB SEBAGAI PUSAT DAFTAR VAKSIN

Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) telah bersetuju untuk mengaktifkan sebanyak 191 buah Pusat Komuniti Desa (PKD) di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar sebagai Pusat Daftar Vaksin Luar Bandar bermula 20 Mei 2021.

Bagi melancarkan urusan pendaftaran Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Pengurus-Pengurus PKD akan menjadi barisan hadapan (frontliner) KPLB dalam membantu melancarkan pendaftaran secara dalam talian menggunakan portal www.vaksincovid.gov.my serta berdasarkan Prosedur Standard Operasi (SOP) yang digunakan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

Pendaftaran di PKD KPLB akan mempercepatkan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sekaligus dapat mencapai sasaran imuniti kelompok 80% penduduk di vaksin menjelang tahun 2022.