AM

Lumpy Skin Disease (LSD) : Malaysia gantung pengimportan lembu dan kerbau daripada Thailand berkuatkuasa serta-merta

181
cow on truck cage for send to slaughterhouse

PUTRAJAYA 8 JUN 2021 – Jabatan Perkhidmatan Veterinar mengambil ketetapan untuk menggantung pengimportan lembu dan kerbau daripada Thailand berkuatkuasa serta-merta bagi membendung risiko penularan penyakit Lumpy Skin Disease (LSD) daripada negara Thailand demi kepentingan industri penternakan ruminan Negara. Tindakan ini diambil atas penilaian kepada risiko penularan LSD yang dilaporkan telah menular kepada lebih 41 province di negara Thailand.

“Jabatan Perkhidmatan Veterinar menyeru semua pemain industri (pengimport, peraih dan penternak) memberi kerjasama dengan membatalkan tempahan (sekiranya ada) dengan pihak pembekal lembu dan kerbau di Thailand.

Pemain industri juga dinasihatkan supaya segera melaporkan kepada pihak berkuasa Veterinar di negeri dan daerah berdekatan sekiranya terdapat lembu dan kerbau di ladang/kandang menunjukkan gejala jangkitan LSD untuk tindakan kawalan dan pencegahan.” kata jabatan tersebut menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Tambah Jabatan Perkhidmatan Veterinar, walaupun penyakit LSD tidak zoonotik (tidak menjangkiti manusia), tetapi memberi kesan ekonomi kepada industri penternakan ruminan dan kerugian akibat penurunan berat badan, penurunan pengeluaran susu, keguguran dan kemandulan pada ternakan yang terjangkit.

Jabatan tersebut turut mendapatkan kerjasama pihak berkuasa Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) untuk mempertingkatkan kawal selia di sepanjang sempadan Malaysia – Thailand. Ia adalah sebagai usaha membanteras kemungkinan penyeludupan lembu dan kerbau daripada negara Thailand

“Kerjasama pihak berkuasa KASTAM dan MAQIS untuk mempertingkatkan pemeriksaan di pintu masuk negara bagi menghalang kemasukan lembu dan kerbau daripada negara Thailand.” tambah Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Timor, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di  Rantau Timor, Indonesia pada...