AM

Hannah cadangkan Trak Vaksin Bergerak ditempatkan di Pasar Besar Taman Tun Dr Ismail (TTDI)

134

8 Jun 2021 – Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh mencadangkan agar Trak Vaksin Bergerak atau ‘Mobile Vaccine Truck’ yang diwujudkan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) ditempatkan di tempat tumpuan awam seperti di Pasar Besar Taman Tun Dr Ismail (TTDI) yang juga mempunyai fasiliti awam dan tempat letak kereta yang luas.

Menurut mantan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu, langkah untuk menempatkan trak vaksin bergerak di lokasi seperti di pasar awam DBKL atau di pasar besar akan membantu para peniaga dan pekerja mereka menerima vaksin dengan lebih cepat.

“Ini kerana saban hari mereka terpaksa berinteraksi dengan ribuan pengunjung pasar atau penghantar barang bermotosikal yang berkemungkinan terdedah kepada risiko dijangkiti Covid-19. Saya difahamkan pasar awam saiz besar seperti ini mempunyai pengunjung sekitar 1200 -1500 orang setiap hari dan boleh mencecah 3000 orang pada hujung minggu (ini sudah hampir saiz satu PPV mega).

Cadangan ini akan melindungi pengunjung pasar yang kebanyakan mereka terdiri daripada golongan warga emas. KWP harus mengambil pengajaran daripada kes kluster pasar borong yang berlaku tahun lepas yang turut melibatkan peniaga dan ahli keluarga mereka, pengunjung serta orang yang mempunyai kontak rapat dengan mereka.

Cadangan ini jika dilaksanakan berpotensi mengelakkan kluster besar dan memberikan keselesaan minda kepada semua pihak.” jelas Hannah.

Pada 6 Jun lepas, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa mengumumkan bahawa penduduk di Wilayah Persekutuan boleh mendapatkan vaksin secara ‘walk in‘ digerakkan melalui inisiatif Trak Vaksin Bergerak atau ‘Mobile Vaccine Truck’. Menurut Annuar, aa sebagai usaha untuk mempercepatkan kadar vaksinasi di Wilayah Persekutuan yang merangkumi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...