Muzik & Hiburan @ My LNA

960 penggiat muzik tanah air terima manfaat Dana Kandungan Digital Muzik (DKD Muzik)

204
Stylish Male Audio Engineer Working in Music Recording Studio, Uses Mixing Board, Software to Create Modern Hit Song. Creative Artist Musician Working on Workdesk Control Surface to Produce New Song

1 JUN 2021 – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Saifuddin Abdullah pada hari ini memaklumkan bahawa seramai 960 penggiat muzik tanah air menerima manfaat Dana Kandungan Digital Muzik (DKD Muzik) untuk Program Hiburan Dari Rumah tahun 2021 berjumlah RM6 juta daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).

Menurut Saifuddin di dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, dana tersebut diperuntukkan bagi menghasilkan kandungan kreatif dalam program Hiburan Dari Rumah yang akan melibatkan penyertaan daripada artis rakaman lama dan baharu, penyanyi dan pemuzik kelab hiburan, penyanyi dan pemuzik busker, ahli kumpulan nasyid dan lain-lain dari seluruh negara, merangkumi pelbagai peringkat umur dan genre muzik.

“Penerbitan kandungan kreatif Hiburan Dari Rumah yang dihasilkan perlu mempunyai unsur muzik dan berkonsepkan muzik dari rumah, bersesuaian dengan situasi pandemik pada ketika ini.

Sumber : Twitter rasmi Menteri KKMM

DKD Muzik ini merupakan antara dana yang diperuntukkan di bawah inisiatif Pakej Rangsangan Industri Kreatif Malaysia (PRISMA) yang telah dilancarkan pada 5 Februari 2021 lalu sebagai langkah jangka pendek untuk memastikan kelangsungan para penggiat industri kreatif negara yang terjejas akibat pandemik COVID-19. Bagi memastikan pelaksanaan dana yang telus, KKMM turut melibatkan penggiat industri muzik dan ahli akademik sebagai panel dalam Jawatankuasa Penilaian Teknikal, Pelulus dan Pemilihan Artis.” jelas Saifuddin.

Tambah beliau, KKMM mensasarkan lebih banyak karya kandungan kreatif yang berpotensi dan berkualiti dapat dihasilkan di samping mencipta lebih banyak peluang pekerjaan, bukan sahaja dalam kalangan penyanyi dan pemuzik, malahan turut menyediakan peluang pekerjaan di belakang tabir. Di samping itu penggiat industri kreatif juga diberi ruang untuk memanfaatkan lonjakan digitalisasi bagi membangunkan sektor industri kreatif negara yang lebih mampan.

Dalam pada itu, Saifuddin berkata KKMM peka terhadap nasib yang dihadapi penggiat seni terutama apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa pertama dilaksanakan pada 1 hingga 14 Jun 2021

“Usaha akan terus dilipatgandakan untuk membantu meringankan beban golongan ini. Langkah proaktif dan usahasama antara kerajaan dan penggiat industri juga diharap dapat menjana ruang serta pasaran kandungan kreatif yang berdaya saing dalam usaha mengembangkan potensi dan bakat tempatan serta membawa industri ini ke taraf global.” ujarnya.

PRISMA adalah inisiatif pelbagai untuk memulihkan industri kreatif di bawah KKMM dan ia dirangka khas untuk menggalakkan kelangsungan dan kelestarian industri kreatif sama ada dalam kalangan para penggiat mahupun perniagaan yang terkesan dengan pandemik COVID-19, untuk bangkit semula dan meneruskan aktiviti kreatif mereka.

Objektif utama adalah untuk membolehkan aktiviti dan perniagaan industri kreatif dimulakan semula demi kelangsungan pendapatan penggiat industri yang amat bergantung kepadanya.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

BM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNAMuzik & Hiburan @ My LNA

Inteam Digital Meriahkan Ramadan dan Syawal dengan Penerbitan Album Quran, Nasyid dan Zikir

Sebagai salah satu label Islamik terbesar di Malaysia, Inteam Digital pastinya tidak...

BM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNAMuzik & Hiburan @ My LNA

Kredibiliti, Integriti & Semangat Juang Ziana Zain Pikat CSA Academy Lantik Sebagai Duta Rasmi

Meyakini kredibiliti dan integriti seorang Ziana Zain yang sudah mencetak sejarah dalam...

BM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNAMuzik & Hiburan @ My LNA

Kisah Asma’ Sentuh Hati Mateen

Perjalanan sirah kisah Asma binti Abu Bakar (R.A.) yang sanggup berkorban jiwa...