Kajang, 1 Jun – Selaras dengan langkah kerajaan mengumumkan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan semalam, penjawat awam menyambut baik usaha yang dilaksanakan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) dalam sumbangan menerusi pengurangan elaun yang diumumkan hari ini.
Beberapa penjawat awam yang dihubungi menerusi panggilan telefon melahirkan sokongan kepada langkah yang diambil disamping bersoladiriti bersama kerajaan dalam mengharungi pandemik Covid-19.
Mohd Rizal Abdul Wahid, 39 tahun berkata langkah ini merupakan satu langkah yang baik dan bertepatan dalam menunjukkan keprihatinan penjawat awam dalam sama-sama membantu negara khususnya golongan yang terkesan dengan pandemik Covid-19 ini.
“Inilah masa untuk penjawat awam berkorban dengan bersama-sama menyokong usaha yang diterajui oleh KSN seterusnya menyumbang kepada tabung yang diwujudkan khas untuk pandemik ini”,ujar beliau.
Beliau yang kini berkhidmat di Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian merupakan seorang Pegawai Tadbir Diplomatik di jabatan tersebut.
Muhammad Bazli Bin Che Ismail, 37 tahun yang bertugas di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik turut menyokong langkah dan usaha kerajaan tersebut.
Beliau menyokong baik langkah yang telah dilaksanakan ini bagi menunjukkan bahawa penjawat awam turut bersama menyumbang kepada negara di saat negara sedang berjuang pandemik Covid-19.
KSN dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan sejumlah 800,000 penjawat awam gred 29 sehingga JUSA A ke atas (tidak termasuk petugas barisan hadapan) akan bersoladiriti bersama-sama kerajaan dalam menyumbang secara pengurangan elaun berkaitan untuk Akaun Amanah Bencana dengan anggaran sumbangan dijangka berjumlah RM 30juta .
Langkah ini menyusul setelah pengumuman YAB Perdana Menteri semalam berhubung langkah Menteri dan Timbalan Menteri untuk menyumbang gaji ke tabung bencana negara bagi digunakan untuk menangani wabak Covid-19.
- KPKT UMUM PERUNTUKAN RM5.48 JUTA BAGI PROJEK MENAIK TARAF DAN PENYELENGGARAAN INFRASTRUKTUR AWAM DI MANJUNG, PERAK
- SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA TAHUN 2023 – BUAL BICARA KHAS BERSAMA HANNAH YEOH
- SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA TAHUN 2023 – BUAL BICARA KHAS BERSAMA FAHMI FADZIL
- BN KEDAH SARAN GUNA SALURAN RUNDINGAN SELESAIKAN ISU KEDAH-PULAU PINANG
- MALAYSIA SECURES RM23.07 BILLION OF POTENTIAL JAPANESE INVESTMENTS
Leave a comment