24 Mei 2021 – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memandang serius kejadian kemalangan yang melibatkan dua tren LRT laluan Kelana Jaya malam semalam. Kata Muhyiddin melalui hantaran di Facebook rasmi beliau, Kementerian Pengangkutan dan Prasarana Malaysia Berhad telah diarakahkan untuk melakukan siasatan penuh untuk mengenalpasti punca kemalangan ini, dan tindakan yang tegas harus diambil dengan segera.
“Saya difahamkan bahawa petugas-petugas keselamatan dan kecemasan sedang berada di tempat kejadian. Semoga kerja-kerja penyelamatan dipermudah dan penumpang terlibat selamat, manakala mereka yang cedera diberikan rawatan segera.
Saya memandang serius kemalangan ini dan telah mengarahkan Kementerian Pengangkutan dan Prasarana Malaysia Berhad untuk melakukan siasatan penuh untuk mengenalpasti punca kemalangan ini, dan tindakan yang tegas harus diambil dengan segera.” kata Muhyiddin.
Tambah beliau Keutamaan sekarang harus diberikan kepada mangsa-mangsa kemalangan dan beliau telah mengarahkan semua pihak memberi kerjasama sepenuhnya bagi memastikan mangsa mendapat rawatan yang menyeluruh.
Dua tren LRT laluan Kelana Jaya bertembung menyebabkan 213 penumpang yang berada di dalam satu tren itu cedera, dengan 47daripadanya parah dalam kejadian di dalam terowong di antara Stesen Kampung Baru dan KLCC malam semalam.
Kejadian berlaku pada 8.45 malam melibatkan sebuah tren yang membawa penumpang dan sebuah tren rosak yang sedang dipandu uji. Seramai 166 lagi penumpang cedera ringan dan kesemua mereka yang cedera dihantar ke Hospital Kuala Lumpur serta beberapa hospital berhampiran.
- Bend so you don’t break
- New Directions East Asia 2024: Exploring the Transformative Role of Language Assessment on Education and Society
- Get Wild about the Festive Season with ChristmasVille Furry Monsters Unleash Holiday Fun at Pacific Place and Starstreet Precinct
- UFC® FIGHT NIGHT MACAU at Galaxy Macau A Thrilling Night of Fights Set for Galaxy Arena on November 23
- HKPC Wins Gold Award in Government PR Category at 20th China Golden Awards for Excellence in Public Relations
Leave a comment