24 Mei 2021 – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menetapkan arahan tambahan dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) kepada semua pengendali vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) AstraZeneca.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata SOP terbaharu ini adalah langkah bagi memastikan kualiti pengendalian vaksin AstraZeneca untuk COVID-19 berada pada tahap optimum.
“Dalam arahan baharu itu, penyuntik vaksin perlu menunjukkan jarum suntikan yang telah diisi dengan vaksin mengikut kuantiti yang ditetapkan kepada penerima vaksin sebelum melakukan suntikan”.
Tambah beliau, penyuntik vaksin juga perlu menunjukkan jarum suntikan yang telah dikosongkan kepada penerima vaksin selepas suntikan dilakukan.
“Penambahbaikan dalam SOP pemberian vaksin ini akan diperluaskan ke semua PPV yang lain”.
“Dalam masa sama, pemantauan rapi terutamanya di PPV akan dipertingkatkan bagi memastikan SOP dipatuhi sepenuhnya” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Arahan baharu yang dikeluarkan itu adalah susulan dakwaan insiden pemberian dos yang kurang daripada sepatutnya bagi vaksin AstraZeneca untuk pencegahan COVID-19 di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) yang tular di media sosial pada 20 Mei lalu.
Jelas beliau, pihak KKM dan ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth) sedang melakukan siasatan lanjut mengenai perkara ini.
“KKM juga akan sentiasa memastikan program pemberian vaksin AstraZeneca dilaksanakan dengan jaya dan selamat untuk semua penduduk Malaysia” katanya.
- tpay Unveils a Bold New Brand Identity, Leading the Future of Mobile Payments Across META
- From junk to treasure
- Vinpearl’s Multi-Experience Resorts: A “Back to Nature” Experience That’s Anything But Boring
- Bay of Lights: Elevating Cambodia As Premier ASEAN Financial And Tourism Destination
- New Critical Illness Plan by HL Assurance Aims to Bridge Insurance Gaps for Singaporeans
Leave a comment