AMKenyataan Media

213 cedera dalam insiden pertembungan dua tren LRT laluan Kelana Jaya – Polis

107

KUALA LUMPUR, 24 Mei — Dua tren LRT laluan Kelana Jaya bertembung menyebabkan 213 penumpang yang berada di dalam satu tren itu cedera, dengan 47 daripadanya parah dalam kejadian di dalam terowong di antara Stesen Kampung Baru dan KLCC, malam ini.

Kejadian berlaku pada 8.45 malam melibatkan sebuah tren yang membawa penumpang dan sebuah tren rosak yang sedang dipandu uji.

Seramai 166 lagi penumpang cedera ringan dan kesemua mereka yang cedera dihantar ke Hospital Kuala Lumpur serta beberapa hospital berhampiran.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata kesemua penumpang itu berada di dalam tren yang dalam perjalanan dari Stesen LRT KLCC ke Stesen LRT Gombak, manakala sebuah lagi dari Stesen LRT Kampung Baru ke Stesen LRT Gombak dan hanya membawa seorang pemandu.

Menurutnya kedua-dua tren bergerak dengan kelajuan sekitar 40 kilometer sejam ketika bertembung.

“Tren yang membawa penumpang ke Gombak dipandu secara automatik, membawa 213 penumpang, sementara tren rosak pula dari Stesen Kampung Baru ke Gombak ialah tren kosong dan hanya ada pemandu,” katanya pada sidang media di Stesen LRT KLCC, malam ini.

Mohamad Zainal berkata kesemua penumpang berjaya dikeluarkan pada kira-kira 9.50 malam. Menurutnya insiden berkenaan berkemungkinan disebabkan kesilapan komunikasi di Pusat Kawalan LRT.

Beliau berkata insiden itu akan disiasat di bawah Seksyen 201 Akta Pengangkutan Darat 2010 kerana menyebabkan kecederaan ramai dan kerosakan kepentingan awam.

Ditanya sekiranya terdapat unsur-unsur sabotaj, Mohamad Zainal berkata: “Setakat ini tiada.”

— BERNAMA

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Timor, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di  Rantau Timor, Indonesia pada...