22 Mei 2021 – Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) memaklumkan bahawa melalui pelawaan untuk membuat tempahan slot janji temu suntikan vaksin AstraZeneca yang akan dibuka semula pada 23 Mei 2021 (esok) , 12 tengah hari, sebanyak 1,240,000 dos vaksin AstraZeneca ditawarkan bagi warga emas.
Menurut CITF melalui satu kenyaan media yang diedarkan hari ini, pemberian suntikan bagi pusingan kedua inisiatif ini akan dimulakan pada 7 Jun sehingga 27 Julai untuk dos pertama di lapan (8) buah Pusat Pemberian Vaksin AstraZeneca (PPVAZ).
PPVAZ tersebut adalah Setia SPICE Convention Centre (Pulau Pinang), Persada Johor International Convention Center (Johor Baharu), Borneo Convention Center Kuching (Sarawak), Institut Kemahiran Belia Negara Miri (Sarawak), World Trade Centre (Kuala Lumpur), Universiti Malaya (Kuala Lumpur), Universiti Kebangsaan Malaysia (Selangor) dan Ideal Convention Centre Shah Alam (Selangor).
“Seperti yang telah diumumkan, tempahan ini hanya dibuka kepada warga emas (60 tahun ke atas) di lima negeri, iaitu di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Sarawak. Ini adalah salah satu langkah untuk memastikan warga emas yang termasuk dalam kumpulan berisiko tinggi terus dilindungi.
Mereka yang berminat boleh mula membuat tempahan di www.vaksincovid.gov.my esok. Pada masa yang sama, CITF mengalakkan orang muda untuk membantu warga emas untuk membuat tempahan ini untuk memudahkan urusan mereka.
Mereka yang telah mendaftarkan nama di bawah senarai menunggu sewaktu tempahan slot 2 Mei 2021 yang lepas akan dimasukkan secara automatik ke dalam tempahan slot vaksinasi AstraZeneca pusingan ini.” kata CITF.
- Bend so you don’t break
- New Directions East Asia 2024: Exploring the Transformative Role of Language Assessment on Education and Society
- Get Wild about the Festive Season with ChristmasVille Furry Monsters Unleash Holiday Fun at Pacific Place and Starstreet Precinct
- UFC® FIGHT NIGHT MACAU at Galaxy Macau A Thrilling Night of Fights Set for Galaxy Arena on November 23
- HKPC Wins Gold Award in Government PR Category at 20th China Golden Awards for Excellence in Public Relations
Leave a comment