Ekonomi @ My LNA

PKP 3.0 : Sekatan tambahan sektor ekonomi dan sosial bermula 25 Mei 2021

126

PUTRAJAYA 25 Mei 2021 – Menteri Kanan Keselamatan Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob pada hari ini mengumumkan beberapa sekatan tambahan yang merupakan penambahan SOP kepada PKP 3.0 yang akan berkuat kuasa pada 25 Mei 2021. Katanya tujuan utama sekatan-sekatan tersebut adalah bagi mengawal pergerakan bagi mengelak penularan wabak COVID-19.

Jelas Ismail Sabri, sebanyak 80 peratus daripada jumlah kakitangan perkhidmatan awam akan bekerja dari rumah. Peratusan ini melibatkan jumlah seramai 750,000 kakitangan.

Sementara bagi sektor swasta, peratus jumlah yang akan bekerja dari rumah adalah 40 peratus yang libatkan kira-kira lebih enam juta orang.

Bagi pengangkutan awam, kapasiti penumpang akan dikurangkan kepada 50 peratus dan kekerapan masa perjalanan akan turut dikurangkan.

Manakala masa operasi perniagaan akan dipendekkan iaitu dari jam 8 pagi hingga 8 malam. Antaranya kedai makanan haiwan, kedai dobi, dobi layan diri, kedai cermin mata, pusat cuci kereta, kedai gunting rambut dan salun.

Butiran lanjut akan dikemas kinikan oleh kementerian-kementerian yang terbabit.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAKewangan @ My LNAUTAMA

Belanjawan 2025 : KPDN mulakan siri dialog bersama pemain industri peruncitan

KUALA LUMPUR 16 Julai 2024 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos...

BM @ MY LNAEkonomi @ My LNAPertanian @ My LNA

LPNM & UMPSA tandatangan MOU, jalin kerjasama strategik untuk industri nanas

PAHANG – Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman...

Biz @ My LNABM @ MY LNAEkonomi @ My LNA

Peruntukan RM2.5 Juta kepada Angkasa Biayai Program Pembangunan dan Pendidikan

PUTRAJAYA, 16 Julai 2024 – Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) memperuntukkan dana sejumlah...