BEIJING 22 Mei 2021 – Kerajaan China mengumumkan kertas putih mengenai kebebasan, pembangunan dan kemakmuran Tibet pada Jumaat.
Kertas putih itu memetik banyak maklumat dan data, menghuraikan kejayaan pembangunan wilayah itu dalam tempoh 70 tahun lalu sejak Tibet dibebaskan secara aman.
Tibet merupakan wilayah China sejak zaman dahulu namun, wilayah itu mengalami pencerobohan oleh negara Barat pada era komtemporari menyebabkan rakyat bawahan tidak dapat menikmati hak asasi manusia.
Pada 23 Mei 1951, Tibet dibebaskan secara aman.
Pada 1951, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di wilayah Tibet hanya mencatat RMB129 juta (RM75.8). Angka itu melebihi RMB190 bilion (RM111.7 bilion) pada tahun 2020.
Di samping itu, jumlah pendapatan boleh guna per kapita penduduk di Tibet pada 2020 meningkat sekali ganda berbanding 2010. Jangka hayat purata penduduk Tibet pula meningkat daripada 35.5 tahun pada 1951 kepada 71.1 tahun pada 2019.
Pada masa sama, budaya tradisi serta kebebasan beragama di Tibet dilindungi dan dikembangkan dengan baik. Bahasa Tibet menjadi bahasa etnik minoriti pertama di China yang mempunyai piawaian antarabangsa. Pada masa ini, terdapat lebih 1,700 tempat beribadat dan kira-kira 46 ribu sami di Tibet.
Menurut kertas putih itu lagi, sebelum Tibet dibebaskan pada 1953, 90 peratus penduduknya tidak mempunyai rumah sendiri dan kebanyakan mereka menghadapi kebuluran.
Berdasarkan dapatan statistik pada 2020, keluasan rumah penduduk Tibet kini mencatat 41.46 meter persegi bagi seorang penternak dan nomad, manakala 33.4 meter persegi untuk penduduk bandar dan pekan.
Ia sekali gus menunjukkan Indeks kesejahteraan penduduk kian bertambah baik.
— BERNAMA
- Bend so you don’t break
- New Directions East Asia 2024: Exploring the Transformative Role of Language Assessment on Education and Society
- Get Wild about the Festive Season with ChristmasVille Furry Monsters Unleash Holiday Fun at Pacific Place and Starstreet Precinct
- UFC® FIGHT NIGHT MACAU at Galaxy Macau A Thrilling Night of Fights Set for Galaxy Arena on November 23
- HKPC Wins Gold Award in Government PR Category at 20th China Golden Awards for Excellence in Public Relations
Leave a comment